Cara menjaga Star Rating untuk Grab driver

Cara menjaga Star Rating untuk Grab driver

Kita sebagai Grab driver nak kena mencari duit yang lebih, oleh itu Grab telah memberi ganjaran insentif kepada sesiapa yang memenuhi syarat yang ditetapkan. Salah satu syarat yang ditetapkan adalah menjaga dan cuba meningkatkan Star Rating anda.

Selain daripada meningkatkan pengalaman yang bagus terhadap para penumpang, maka kami kena memandu lagi berhati hati supaya para penumpang dapat menilai dan memberi komen yang positif. Secara automatik, Star Rating kami akan meningkat atau berada di tahap yang memenuhi syarat mendapat insentif yang diberikan setiap jam.

Ramai pelanggan telah bertanya soalan yang sama kepada Grab driver iaitu macam mana nak mendapat insentif. Di sini kami mewakili Grab driver yang di luar sana menyarankan para pelanggan yang dihormati, supaya jangan membuat sebarang fitnah dan menulis sebarang komen yang tidak memanfaatkan kepada Grab driver.

Ini adalah kerana jika anda memberi komen yang bukan bukan akan menjejaskan imej dan reputasi seorang pemandu itu, dengan tidak sengaja akan menjejaskan Star Rating mereka. Lebih lebih lagi akan digantung kerja atau dikena ban (diberhentikan kerja).

Selain daripada Grab driver mesti menjaga syarat syarat dan keperluan minimum driver rating, saya rasa cara yang terbaik adalah berpunca daripada para pelanggan. Walaupun pemandu tersebut telah membuat yang terbaik, tetapi pelanggan boleh tidak sengajanya memberi komen negatif bahawa apa yang telah berlaku sepanjang perjalanan itu.

Sebagai contoh berikut:
seorang penumpang wanita sedang menaiki kereta Grab menuju ke arah Jalan Masjid India, walaupun pemandu itu memandu dengan cermat, tapi kereta dia masih DILANGGAR oleh bus panjang yang datang tiba tiba dari sebelah kiri. Walaupun cuma 'accident' kecil, cermin sebelah kiri terlipat masuk dalam, kereta dan penumpang tidak mengalami sebarang rosak dan kecederaan. Namun selepas penumpang ini menurun daripada kereta Grab itu, dia akan memberi Star Rating sebanyak 3 sahaja, serta memberi komen bahawa driver memandu secara berbahaya.

Daripada kes di sini, penumpang telah memberi kesan negatif kepada Grab driver tersebut. Bukan setakat Star Rating akan menurun, malah beberapa hari kemudian, pemandu akan menerima mesej bahawa notis pertama memandu secara berbahaya.
Memandangkan kes begitu, adakah ini adil bagi pemandu tersebut? Adakah dia bersalah dan menyebabkan Star Rating menurun? Adakah syarikat Grab mengadakan tinjauan dan penyiasatan kepada kedua dua pihak? Jawapan adalah TIDAK.

Baik lah, setakat sini memberi sedikit sebanyak pendapat, namun kita masih mesti mengikuti peraturan yang ditetapkan juga. Peraturan ditetapkan seperti :

-Keperluan minimum driver rating untuk menggunakan aplikasi Grab adalah 4.50 sahaja.

-Keperluan minimum driver rating untuk mendapatkan insentif adalah 4.70

Terdapat beberapa langkah yang perlu kita mengikuti supaya dapat menjaga dan mungkin meningkatkan Star Rating kita.

  1. -Menjaga kebersihan dalaman kereta, pastikan ia sentiasa wangi dan tidak berbau.
  2. -Memakai pakaian yang sesuai, tidak memakai pakaian yang berbau seperti beberapa hari tidak mencuci.
  3. -Ketika penumpang masuk ke dalam kereta, sila memberi senyum dan bertanya nama dia serta pastikan nama penumpang yang menempah adalah betul.
  4. -Selepas itu pastikan destinasi penumpang adalah betul.
  5. -Sentiasa mengingati keselamatan penumpang supaya memakai tali kaledar.
  6. -Memandu secara selamat dan cermat, jangan menyelit dan memecutkan kereta.
  7. -Elakkan membuat hentian secara mengejutkan. Memandu dengan jarak kenderaan yang selamat.
  8. -Jangan menggunakan telefon bimbit untuk sebarang tujuan termasuk membaca whatapps, wechat, facebook, dan sebagainya.
  9. -Menerima panggilan telefon bimbit dengan 'hand-free'
  10. -Tidak memulakan perbualan dahulu sebelum mereka mula bercakap sepanjang perjalanan.
  11. -Memastikan perbualan tidak membawa kesan buruk dan tidak selesa seperti perbualan lucah, seksual, perkataan kasar dan lain lain.
  12. -Memasang penghawa dingin (air-cond) dengan tahap yang selesa (tahap 2 atau 3).
  13. -Berikan sebarang bantuan yang boleh semasa penumpang meminta kita menolongnya.