Kini anda boleh menerima tempahan di bandar bandar lain di seluruh Malaysia


Kini anda boleh menerima tempahan di bandar bandar lain di seluruh Malaysia

Ramai pemandu Grab mesti tertanya tanya bagaimana hendak memandu Grab di lokasi lain daripada lokasi asal anda berdaftar. Ini kerana kadang kala kita meneman keluarga balik kampung, rasa bosan dan ingin mencari duit sikit di tempat itu. Tapi itu tidak dibenarkan oleh GRAB. Ini bermaksud jika anda berdaftar untuk memandu di Klang Valley, maka anda hanya boleh memandu di Klang Valley sahaja. Anda tidak dibenarkan memandu Grab di negeri lain selain daripada Klang Valley. Ini adalah peraturan yang ditetapkan sebelum ini iaitu sebelum Ogos 2018.

Jika anda ingin berbuat demikian sebelum Ogos 2018, anda mesti pergi ke Ibu Pejabat Grab untuk buat pertukaran. Tapi masih terikat dengan memandu di satu negeri sahaja, tiada bezanya. Apa yang pemandu Grab nak adalah boleh memandu di semua bandar utama di seluruh negara.

Namun berita baik dibawa khas oleh Grab Malaysia, mulai daripada bulan Ogos 2018

Satu ciri baru telah diperkenalkan iaitu Multi-City Support. Ia akan diaktifkan dan dikekalkan kali ini untuk semua pemandu Grab di seluruh Malaysia. Oleh itu anda berpeluang untuk meningkatkan pendapatan dengan menerima tempahan di bandar bandar lain selain daripada bandar asal anda berdaftar.

Terdapat syarat untuk mereka berbuat demikian, sila baca teliti:

1.Pastikan anda memuat turun aplikasi Grab driver versi terkini.

2.Aktifkan 'Mod tersedia' apabila anda sampai di bandar lain dan bersedia menerima tempahan.

3.Ia hanya boleh digunakan di bandar bandar di mana Grab Malaysia beroperasi sahaja.

4.Insentif di bandar asal anda adalah tidak dikira untuk tempahan yang telah dilengkapkan di bandar lain itu.

5.Kadar komisen sebanyak 25 peratus akan dikenakan untuk tempahan berada di bandar lain itu, tetapi kadar komisen adalah 20 peratus sekiranya anda mengaktifkan fungsi 'AUTO ACCEPT' (tidak termasuk di Lapangan Terbang KLIA atau KLIA2, dan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu)

6.Bukan semua bandar mempunyai jenis perkhidmatan yang sama, setipa bandar mempunyai jenis perkhidmatan yang berlainan.

Itu sahaja perkongsian saya tentang syarat menerima tempahan di bandar bandar lain di seluruh Malaysia, harap memberi manfaat kepada anda.

Post a Comment

0 Comments