Kurang tempahan daripada pelanggan Grab
Topik hari ini adalah kurang tempahan Grab daripada pelanggan di sekitar Lembah Klang. Hari ini 11 September 2018, masih dikira sebagai cuti umum bagi kebanyakan orang, sebab hari ini adalah Awal Muharram. Bagi kami Grab driver, mana ada cuti umum, mana ada faedah dapat Double Paid lah, ganti cuti lah yang macam orang bekerja di ofis pula.Sepatutnya cuti umum mesti banyak sales, sebab ramai yang akan naik Grab. Bagi mereka yang suka pergi shopping dan makan makan di luar, sudah biasa menaiki kemudahan Grab. Akan tetapi, hari ini agak sunyi macam semalam. Saya ingat semalam saya je malas, buat 3 pelanggan sudah mencukupi bagi saya, atas sebab sebab saya sendiri lah of course.
Apa sudah terjadi kepada pelanggan di luar sana, hari ini saya cuma mendapat 2 pelanggan saja dari tengahari tadi, (tengah-tengah tu ada masa yang buat kerja sendiri), then saya membuka aplikasi dari pukul 5.20 pm samapai sekarang 6.15 pm, langsung tiada tempahan daripada pelanggan.
Memang sekarang ni tengah hujan dekat luar sana, bukannya sebab utama menyebabkan tiada pelanggan. Seperti hari biasa yang lain, walaupun hujan, pelanggan sentiasa ada saje yang suka menempah Grab.
Patut lah saya dengar cerita daripada kawan kawan yang menjadi Grab driver juga, bahawa baru baru ini, tempahan untuk Grab semakin kurang, yang ada pun kebanyakan tambang cuma RM5 hingga RM8 saja. Kadang kala ada juga tempahan pergi jauh, mungkin dalam RM18 hingga RM30. Secara keseluruhan, dalam minggu ini kebanyakan tambang adalah rendah. Macam mana mereka tidak merungut, duit dah lah tak cukup, nak rajin sikit buat Grab pula macam ini, pening kepala.
Tidak kira lah walau apa pun yang berlaku menyebabkan sales kurang, daripada masih merungut, pergi pusing tempat lain tengok macam mana, setakat sini lah, terima kasih.
