Lesen memandu pemandu Grab disimpan di guard house
Sunday, September 30, 2018
Lesen memandu pemandu Grab disimpan di guard house
Pernahkah anda masuk kawasan yang dikawal oleh pengawal keselamatan (guard house) seperti apartment, kondominium atau perumahan berpagar (gated house)? Adakah pengawal itu meminta identiti anda seperti kad pengenalan (I.C) atau kad lesen memandu (Driving License). Di sini tanpa menyebut tentang kawasan terlarang atau kawasan kerajaan di bawah kawalan ketat oleh pasukan seperti kem tentera, balai polis dan lain lain. Kami bincang tentang topik yang berkaitan dengan pemandu ketika hendak masuk ke dalam kawasan perumahan guard house. Seperti contoh, pemandu hendak memasuki sebuah kondominium, biasanya pengawal akan meminta kad lesen memandu dan bukannya kad pengenalan diri. Ini kerana ia adalah satu kesalahan di bawah akta Jabatan Pendaftaran Negara. Namun begitu, adakah ia wajar kad lesen memandu diambil dan ditahan di pondok keselamatan? Tidak ada akta yang melindungi individu yang menyerah lesen memandu kepada pengawal seperti mana bersamaan dengan kad pengenalan diri. Selain kad pengenalan penting kepada identiti seseorang, kad lesen memandu juga penting kepada pemandu. Kita khuatir bahawa Kad pengenalan kita akan diklonkan atau disalahgunakan, sama juga akan terjadi kad lesen memandu. Pemandu Grab menyerahkan kad lesen memandu kepada pondok pengawal untuk disimpan sementara ketika masuk ke sesuatu premis. Setelah mengambil penumpang dan ingin beredar daripada premis itu, kad lesen memandu akan dipulangkan semula kepada pemandu itu. Adakah itu tindakan yang wajar dan selamat demi melindungi identiti kad lesen memandu supaya tidak disalahgunakan dan diklonkan. Tidak ada jaminan keselamatan identiti terhadap pemandu. Kad lesen memandu juga boleh diklonkan dan dipakai oleh pihak lain. Mereka akan menggunakan maklumat dalam kad lesen memandu itu, cuma menukarkan wajah menjadi wajah mereka. Jika mereka berbuat jenayah atau melanggar undang undang jalanraya, saman akan dikeluarkan dan tindakan akan dikenakan terhadap pemilik lesen memandu yang asal. Itu sebab ada yang di kalangan kita mengalami perkara ini tanpa disedari puncanya.
Walau bagaimana pun, kes sebegitu adalah tipis dan jarang berlaku. Tapi kita masih kena berwaspada bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Apa terjadi di dalam guard house, tidak ada orang ketahui.
Kebanyakan pengawal keselamatan cuma membuat rekod dengan menyalin butiran daripada pemandu Grab dan menyerah semula lesen memandu kepada pemandu. Masih mempunyai sebahagian pihak tertentu degil dan bertindak sesuka hati. Kami faham bahawa pengawal tidak membenarkan pemandu Grab masuk ke dalam premis tanpa butiran adalah tugas pengawal dan tanggungjawab mereka. Tapi bukannya pemandu Grab tidak berkerjasama dengan mereka, pemandu cuma berharap setelah pengawal menyalinkan segara butiran dan memulangkan lesen memandu dengan segera. Butiran yang diperlukan tentang pemandu Grab adalah nombor plate kenderaan, unit pelanggan, nombor I.C dalam kad lesen memandu serta nombor telefon pemandu Grab. Segala butiran pemandu Grab telah dicatitkan, tambahan lagi terdapat CCTV yang tengah merakam wajah pemandu ketika hendak melepasi palang di pondok pengawal tersebut. Maka tindakan pengawal menyimpan lesen memandu itu adalah berlebihan dan menyukarkan pemandu sekiranya lesen pemandu Grab itu dihilangkan. Kami berharap pihak pengurusan (Joint Management Body) akan memberi kerjasama kepada pemandu Grab dan bukan bertindak menyusahkan mereka.