Mendapat pelangan yang membuat cancel job


Mendapat pelangan yang membuat cancel job

Pengalaman hari ini memang tidak begitu baik. Sebagai grab driver, kita kadang kala menghadapi bermacam macam masalah juga.


Seperti grab driver yang lain, buka app dan keluar pergi meronda dan mencari pelanggan. Dapat pelanggan pertama memang lah seronok biasanya. Tapi tidak sampai 10 saat pun, dah kena 'cancel job' itu.

Saya pun tak tahu lah apa dah jadi pelanggan ini, mungkin dia tengok gambar kita tak cantik ka ganas ka, tidak boleh bersabar ka, ataupun saja nak main main grab driver.



Pengalaman macam ini bukan setakat saja dihadapi saya, malah dihadapi semua driver juga sepanjang perkhidmatan sebagai grab driver mereka. Akan tetapi kes seperti macam ini bukan selalu berlaku pun. Mood driver sudah pun menjadi tidak berapa baik, sekiranya mendapat pelanggan yang suka cancel job. Sebaliknya, sama seperti perasaan sebagai pelanggan yang menerima 'cancel job' daripada driver juga.

Kenapa kebanyakan driver tidak suka pelanggan cancel job?


Setelah menerima tempahan daripada pelanggan, driver akan menuju ke destinasi tersebut dengan secepat mungkin. Jaraknya kadang kala kurang daripada 100 meter, kadang kala lebih daripada 5 kilometer. Tidak kira lah berapa jauh jaraknya, pelanggan tetap akan 'cancel job' juga. Jikalau jarak ke destinasi pelanggan itu adalah dekat, itu tidak merugikan driver sangat. Tetapi jarak pelanggan itu adalah jauh, maka minyak dan masa semasa driver menuju ke sana, telah pun membazir begitu saja tanpa mengambil pelanggan, tidak memberi manfaat kepada driver tersebut.

Sekiranya driver tersangkut dalam kesesakan jalan semasa menuju ke destinasi itu, driver menerima 'cancel job' secara tiba tiba, maka bagi driver itu, nak keluar daripada kesesakan jalan itu adalah sukar. Itu salah satu sebab driver tidak suka kes macam ini berlaku pada mereka.

Kes macam ini biasa berlaku di pusat bandar ketika masa makan tengahari dan masa habis waktu berkerja. Kebanyakan pelanggan tidak boleh bersabar dengan masa yang diperlukan untuk driver sampai ke destinasi mereka, kes ini berlaku hampir 80 peratus di pengalaman saya sebagai grab driver.

Di sini, tidak kira lah siapa yang betul atau siapa yang salah, kami berharap semua orang boleh memberi kerjasama supaya kedua-dua pihak mendapat situasi sama sama menang.