
Petak khas untuk pemandu Grab mengambil dan menurun di Suria KLCC
Pengumuman daripada pihak pengurusan KLCC dan Grab, pemandu Grab dikehendaki mengambil dan menurun pelanggan di petak khas yang disediakan untuk kenderaan Grab. Kenderaan Grab dinasihati supaya jangan menunggu pelanggan mereka di petak khas tersebut terletak di pintu utama Suria KLCC itu. Sekiranya pelanggan belum bersiap sedia menunggu di sana, pemandu harus membuat pusingan-U di hadapan pintu utama itu. Ini kerana banyak kenderaan yang akan membuat sesak di hadapan pintu utama Suria KLCC itu.
Petak khas tersebut adalah terletak di Suria KLCC, pintu masuk Jalan P.Ramlee (P.Ramlee Entrance). Bersebelahan dengan butik Tiffany dan Channel. Terdapat satu petak segi empat berwarna hijau dan satu papan tanda hijau Grab juga boleh dilihat seperti gambar di atas.
Situasi sebegitu akan membuat pemandu perlu memusing kenderaan mereka untuk kembali ke lokasi menunggu tersebut. Hal ini juga boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menghalang laluan pemandu grab yang lain mengambil penumpang yang sememangnya sudah bersedia berada di kawasan yang dikhaskan itu.
Keadaan ini boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati dan tidak adil kepada pemandu Grab kerana boleh merugikan petrol kereta mereka dengan bayaran yang kadang-kadang tidak berbaloi mengikut destinasi penumpang Grab. Malahan lebih merugikan lagi apabila penumpang juga hilang sabar dan membatalkan tempahan tanpa memikirkan risiko pemandu Grab.
Dengan ini, para penumpang yang ingin menempah Grab perlu berada di dalam keadaan bersedia sebelum membuat tempahan bagi melancarkan proses perkhidmatan Grab antara kedua-dua pihak.