Program Sewa Kereta Grab yang menarik dan berbaloi


Program Sewa Kereta Grab yang menarik dan berbaloi

Adakah anda ingin sewa kereta untuk mendaftar sebagai pemandu Grab? Tahukah anda, Grab memperkenalkan satu program yang dapat membantu sesiapa yang tidak mempunyai kenderaan tetapi ingin memulakan kerjaya sebagai Grab driver.

Zaman sekarang tiada sesiapa yang tidak memiliki 'smartphone', oleh itu, ramai di antara kita selalu dengar pasal Grab. Walaupun orang tua pun mula nak belajar tahu tentang menggunakan aplikasi Grab ini. Sama ada mereka ingin menjadi Grab driver atau belajar menjadi sebagai seorang pelanggan.

Tambah lagi, ekonomi sekarang berada di tahap tidak menentu lagi, ramai yang sudah menganggur. Bagi mereka yang masih muda, kebanyakan akan memohon menjadi sebagai seorang Grab driver sambilan (part-time) atau tetap(full-time).

Mengikut peraturan terbaru 2018 yang ditetapkan oleh syarikat Grab Malaysia, bagi sesiapa yang mempunyai kenderaan berusia 6 tahun ke bawah, baru boleh menyertai sebagai Grab driver. Itu telah memberi impak yang tertekan kepada sesiapa yang memiliki kenderaan lama iaitu berusia 6 tahun ke atas. Ingin menjadi Grab driver tapi tidak mematuhi syarat ditetapkan iaitu kenderaan yang baru.

Namun ia tidak menjadi masalah sekarang, syarikat Grab Malaysia telah menyediakan program yang longgar dan selesa untuk sesiapa yang ingin meminta menjadi Grab driver. Program tersebut dipanggil 'PROGRAM SEWA KERETA GRAB', di mana mereka boleh menyewa kenderaan daripada syarikat Grab dengan kadar yang amat menarik dan paling berbaloi.

Menurut pakej program tersebut, mereka cuma perlu membayar serendah RM50 setiap hari, mereka akan dapat memandu sebuah kereta Perodua Bezza 1.3 (Automatik). Tapi mereka kena diikat dengan kontrak selama 3 bulan. Kontrak sewa ini akan diperbaharui setiap 3 bulan.

Selain daripada itu, mereka perlu membayar sebanyak RM350.00 sebagai muka deposit serta yuran pendaftaran (tidak akan dikembalikan) sebanyak RM150.00.

Terdapat juga syarat syarat lain yang perlu dipatuhi, ia adalah seperti berikut:
  1. Cara pembayaran balik adalah menerusi penolakan automatik setiap hari melalui dompet kredit Grab
  2. Kenderaan tersebut wajib ditampalkan dengan iklan
  3. Syarat kerja minima sekurang kurangnya 70 kali dalam seminggu
  4. Kadar Penerimaan kerja adalah  minima 50%
  5. Kadar Pembatalan kerja adalah minima 10%
  6. Penamatan awal secara sukarela, deposit tidak akan dikembalikan
  7. Sekiraya melanggar peraturan yang ditetapkan, deposit tidak akan dikembalikan juga
  8. Warganegara Malaysia berumur 21 - 70 tahun dengan lesen memandu yang sah
  9. Jarak perjalanan maksima adalah 50,000 kilometer. Jika melebihi daripada milage tersebut, deposit tidak akan dipulangkan.
  10. Boleh bertutur dalam bahasa melayu dan bahasa inggeris
  11. Status bankrap tidak boleh memohon
  12. Latar belakang bersih:-
  • Tiada rekod jenayah
  • tidak mempunyai lebih daripada 3 saman trafik dalam masa satu (1) tahun. (termasuk memandu melebihi had laju, langgar lari, memandu dengan berbahaya dan lain lain)

Post a Comment

0 Comments