Cara untuk memilih butang 'Destinasi' anda

Cara untuk memilih butang 'Destinasi' anda

Pernahkah anda menghadapi pengalaman seperti saya. Sebagai contoh :
  • Jika saya berada di Ara Damansara, kebetulan masih tiada tempahan pelanggan, tengok jam waktu 4.30pm, terasa ingin nak balik rumah di Fortune Avenue Kepong. Ingin menutup aplikasi dan terus balik, rasa macam rugi pula tanpa mengambil pelanggan sepanjang perjalanan itu. Nak sambung menerima tempahan, takut pergi arah dan lokasi yang lain pula.

Kini, Grab menyediakan butang 'Destinasi Saya' demi kemudahan anda ketika ingin menuju ke destinasi anda sambil menerima tempahan pelanggan yang menuju ke arah yang sama. 

Dengan butang ini, maka anda tidak payah bimbang tiada pelanggan sepanjang perjalanan itu. Sambil boleh menghantar pelanggan ke destinasi mereka, maka boleh menuju ke destinasi anda juga dengan arah yang sama.


1. Pergi skrin utama TANPA menyalakan butang 'Bersedia Untuk Tempahan' (Job Availability) di sudut atas sebelah kanan. Pilih 'Lagi' (More) untuk seterusnya.


2. Pilih menu teratas iaitu 'Destinasi Saya' (My Destination) untuk memilih lokasi yang anda ingin menuju.


3. Tekan lokasi yang telah ditetapkan. Senarai yang tertera akan menunjukkan cuma 5 lokasi sahaja yang telah ditetapkan oleh anda sebelum ini. Pilih lokasi baru anda jika destinasi itu tiada dalam senarai tersebut, dengan memasukkan nama destinasi itu.


4. Skrin 'Aktifkan Sedia Untuk Tempahan' (Turn on Job Availability) akan terpapar seperti di atas, anda cuma perlu menekan butang 'Aktifkan' (Turn On) sahaja untuk menunggu tempahan daripada pelanggan. Pelanggan yang menepati lokasi yang sepadan dengan perjalanan anda ketika destinasi yang anda pilih itu, akan terpilih untuk menumpang kenderaan anda.


5. Cuma 2 kali sahaja tempahan untuk 'Destinasi Saya' (My Destination) ini akan digunakan pada satu hari yang sama.