Ganjaran kepada pemandu Grab yang setia


Ganjaran kepada pemandu Grab yang setia


Baru baru ini, ramai kawan yang memandu Grab telah menerima promosi khas untuk mereka yang telah lama berkhidmat kepada Grab. Ia juga boleh dikatakan sebagai ganjaran daripada pihak syarikat Grab kepada pemandu Grab yang setia.

"Exclusive Smartphone Promotion"


Promosi ini eksklusif untuk pemandu yang terpilih sahaja di seluruh Malaysia. Bagi mereka yang terpilih untuk menyertai promosi ini, layak mendapat satu smartphone jenama Samsung.

Terdapat 3 model smartphone untuk dipilih semasa membuat pendaftaran melalui talian. Model smartphone tersebut adalah Samsung J8, Samsung A6+ dan Samsung A8.

Pemandu Grab yang terpilih ini perlu mendaftar menerusi talian yang diberikan, serta mengisikan borang untuk memilih model yang sesuai untuk mereka. Selepas borang diisi dan dihantar kepada ibu pejabat Grab untuk pemprosesan. Pemandu cuma perlu menunggu keputusan dari pihak Grab untuk mendapatkan smartphone mereka pada tarikh yang ditetapkan.

Pemandu Grab yang layak itu akan mendapat mesej dan tarikh untuk pengambilan smartphone mengikut pilihan masing-masing. Semasa proses pengambilan, pemandu diberikan penerangan mengenai bayaran yang akan ditolak secara harian mengikut kadar harga smartphone yang dipilih dengan bayaran RM4.90 - RM8.90.

Bayaran ansuran harian itu akan ditolak melalui kredit aplikasi pemandu Grab tersebut selama 6 bulan tanpa interest.

Melalui promosi ini, sedikit sebanyak dapat membantu pemandu Grab yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan smartphone yang baru dalam melancarkan urusan pemanduan Grab. Pemandu Grab boleh menggunakan smartphone tersebut dengan serta merta.

Dari aspek pemandu Grab, kami amat menghargai pihak Grab dengan promosi smartphone ini. Dan kami berharap banyak lagi promosi akan dilancarkan dalam membantu mereka yang layak tetapi kurang berkemampuan. Kaedah ini dapat membantu menaikkan semangat pemandu Grab untuk bersama-sama berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.