Menerima Tip Tambahan Daripada penumpang
Kepada para pemandu Grab sekalian, sepanjang perkhidmatan anda sebagai pemandu Grab, anda pasti mengalami bermacam macam jenis penumpang. Ada penumpang yang tidak menyediakan duit tambang mencukupi, ada penumpang yang memberi wang palsu, ada juga penumpang yang memberi wang tambahan iaitu tip.
Kami sebagai pemandu Grab, ingin memperolehi wang melalui cara yang betul iaitu bekerja sungguh sungguh. Selain daripada mengambil dan menghantar penumpang ke destinasi yang diminta oleh mereka, namun kadang kala rezeki kita ada juga diberkati oleh Tuhan. Penumpang akan memberi wang tambahan iaitu tip, tidak kira berapa nilai tip tersebut, ia adalah hasil yang berlebihan dalam satu hari itu.
Kami sebagai pemandu Grab, ingin memperolehi wang melalui cara yang betul iaitu bekerja sungguh sungguh. Selain daripada mengambil dan menghantar penumpang ke destinasi yang diminta oleh mereka, namun kadang kala rezeki kita ada juga diberkati oleh Tuhan. Penumpang akan memberi wang tambahan iaitu tip, tidak kira berapa nilai tip tersebut, ia adalah hasil yang berlebihan dalam satu hari itu.
Seperti biasa kami mengambil dan menghantar penumpang, tidak kira berapa harga tambangnya, kami tetap akan menghabiskan tugas kami dengan sempurna. Dengan syarat yang perlu dipatuhi, kami memandu cermat, menjaga kebersihan kenderaan, tidak melakukan perkara yang tidak elok terhadap penumpang, dan sebagainya. Penumpang rasa perkhidmatan kami baik dan ingin memberi ganjaran kepada kami, oleh itu penumpang akan memberi tip tambahan.
Pernahkah anda menerima tip tambahan daripada pelanggan anda?
Ada pelanggan yang tidak berkira, tambangnya RM8, ketika sampai destinasinya, dia akan bagi RM10 dan tanpa meminta duit baki. Walaupun kami dah cuba memulangkan duit baki kepadanya, pelanggan tetap akan menolak dan berkata bahawa duit itu adalah tip bagi pemandu.
Walaupun duit itu adalah RM2, tapi bagi pemandu Grab, kami berasa itu amat bermakna. Bukannya rasa gembira pasal menerima duit lebih, tapi berasa bangga kerana pelanggan telah mempercayai kami dan menghargai perkhidmatan kami kepada mereka. Perasaan itu sukar dihuraikan ketika pemandu menerima tip yang lagi banyak. Adakala RM10, adakala RM12, sehingga RM20 pun ada juga.
Kami dapat mengetahui perkara ini menerusi pertukaran idea dan perbincangan antara rakan rakan lain yang menjadi sebagai pemandu Grab. Salah satu rakan kami berasa amat bertuah kerana penumpang memberi ganjaran sebanyak RM35 kepadanya tanpa meminta baki duit itu. Pemandu itu masih ingat peristiwa itu dengan penuh kenangan dan jasa budi terhadap penumpang tersebut.
Namun setakat sini saja lah perbincangan pasal tip sebagai pemandu Grab, biar penumpang yang memberi tip kepada kami secara sukarela, harap anda semua jangan pergi meminta penumpang pula supaya memberi tip secara memaksa. Ini telah melanggar undang undang perlembagaan iaitu merupakan satu jenayah seperti mengugut penumpang memberi harta benda mereka. Jangan berbuat demikian para pemandu sekalian, menjadi seorang pemandu Grab yang berkhemah, amanah dan rajin.
Tempahan akan sentiasa meningkat dan duit anda juga akan sentiasa bertambah banyak.
Sila memberitahu kami tentang pengalaman anda berhubung kes di atas, supaya dapat berkongsi gembira bersama sama.
