Pemandu Grab 'No Show' dan tidak mengambil pelanggan



Pemandu Grab 'No Show' dan tidak mengambil pelanggan


Budaya 'No Show' merupakan satu tingkah laku yang tidak disukai ramai, sama ada pelanggan Grab atau pemandu Grab. Kami ingin berkongsi tentang pengalaman daripada seorang pelanggan yang tinggal di Kepong yang menggelarkan dirinya sebagai Puteri.

Aplikasi Grab terpilih sebagai satu kebiasaan kepada semua orang yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan selain daripada Taxi dan Bas. Sebagai pelanggan yang setia kepada Grab, Puteri telah menempah GrabCar seperti biasa.

Perjalanan jarak dekat sahaja, daripada lokasi asal Puteri berada iaitu Apartment Laman Damai, Kepong hendak menuju ke Aeon Metro Prima / Jusco Kepong. Jarak perjalanan adalah lebih kurang 3 km.

Lokasi pemandu ketika itu masih berada di Jalan Api Api, Kepong Baru. Pemandu itu telah menerima tempahan Puteri, sepatutnya menuju ke Apartment Laman Damai dengan segera. Akan tetapi, pemandu itu masih tidak bergerak lagi selama 5 minit, ini boleh dilihat menerusi peta aplikasi itu, menunjukkan situasi pemandu itu berada.

Pemandu memberi alasan bahawa kenderaan tersangkut dalam kesesakan jalan berdekatan Jalan Api Api sana. Namun Puteri telah memberitahu perkara itu kepada kawan dia, kebetulan kawan dia melalui kawasan sana dan membalas balik kepada Puteri, kawasan sana tidak ada kesesakan langsung.

Pemandu itu masih enggan bergerak menuju ke arah Puteri berada, tetapi selepas 6 minit membiarkan Puteri yang tengah menunggu. Tiba tiba pemandu menekan butang 'DROP OFF' iaitu penurunan pelanggan.

Pada hal, pelanggan tidak pernah menaiki kenderaan dia, mana ada kemungkinan pelanggan boleh turun daripada kenderaan dia.

Ini menunjukkan bahawa pemandu itu tidak amanah dan tidak jujur.

Dia tidak memberitahu situasi yang sebenarnya dan tidak mengambil pelanggan dengan cara yang betul. Sikap pemandu begini telah mengabaikan masa pelanggan dan tidak bertanggungjawab dalam tugas sebagai pemandu Grab.

Di sini, kami berharap situasi begini tidak akan berulang lagi terhadap pelanggan lain, ini kemungkinan pelanggan betul betul mengejarkan masa, mana tahu suatu hari nanti kita akan mengalami situasi yang sama pada diri kita.