Penumpang harus memberi komen yang sewajarnya
Setelah pemandu Grab menghantar penumpang ke destinasi mereka, setiap penumpang akan memberi komen atau 'rating' terhadap perkhidmatan pemandu tersebut. Setiap komen yang diberikan oleh penumpang amat penting bagi nasib seseorang pemandu itu. Hanya disebabkan perkara yang dianggap remeh oleh sesetengah penumpang akan menyebabkan kemungkinan pemandu Grab itu akan digantung atau hilang kerja serta merta.Ada sesetengah pemandu Grab suka menunjuk-nunjukkan 'Star Rating' mereka di laman sosial. Ada antara mereka membuat bandingan satu sama lain.
Sebagai pemandu Grab, adalah menjadi tanggungjawab melaksanakan tugas dengan sempurna, namun tidak payah menunjukkan betapa hebat tentang 'rating' masing-masing. Dari masa ke semasa, 'rating' itu akan meningkat dan menurun dengan tidak menentu.
Ada sebahagian pemandu rasa seronok ketika melihat komen atau 'rating' mereka semakin meningkat, ada sebahagian pemandu asyik merungut kenapa 'rating' semakin menurun walaupun pemandu telah buat yang terbaik.
Walau bagaimana pun, rating sedikit sebanyak telah membantu pemandu Grab untuk mendapatkan insentif dan sebagai satu alat piawaian kepada para penumpang bahawa pemandu itu adalah bagus atau sebaliknya.
Dari sini, kami boleh lihat pemandu itu buat sebaik mungkin, namun masih mendapat 'rating' yang menurun. Cuba fikirkan pemandu menggunakan 'auto accept' untuk menerima tempahan, sebelum dia menurunkan penumpang yang pertama, dia akan menerima tempahan yang kedua walaupun penumpang pertama masih di dalam kereta pemandu itu.
Setelah menurunkan penumpang pertama, dia akan menuju ke lokasi penumpang kedua dengan secepat mungkin. Tidak mungkin pemandu itu sempat mengemas dan membersihkan carpet selepas menurunkan setiap penumpang. Kalau dia ingin berbuat demikian, dia akan berhenti di tepi jalan, itu perkara yang agak bahaya terhadap nyawa.
Jikalau lambat sampai lokasi penumpang itu, pemandu juga yang kena marah atau dapat 'rating' menurun juga. Ini kerana segala komen dan 'rating' yang diberikan oleh penumpang tidak berkaitan dengan Grab. Ia adalah urusan antara pemandu dengan penumpang, Grab berada di tengah tengah dan tidak campur tangan serta tidak membuat penyiasatan selanjutnya.
Walau bagaimana pun, rating sedikit sebanyak telah membantu pemandu Grab untuk mendapatkan insentif dan sebagai satu alat piawaian kepada para penumpang bahawa pemandu itu adalah bagus atau sebaliknya.
Pemandu telah buat yang terbaik pada diri sendiri, akan tetapi kadang kala sesuatu perkara sahaja akan merosakkan 'rating' untuk seharian mereka.
Sebagai contoh, pemandu telah memandu cermat dan sopan, akan tetapi carpet dalam kereta kotor disebabkan lumpur yang dipijak masuk oleh penumpang sebelum ini. Penumpang lain seterusnya akan menaiki kereta pemandu itu, dia berasa kereta itu adalah kotor dan memberi 'rating' sebanyak 3 atau 2 bintang saja. Serta memberi komen bahawa kereta adalah kotor.Dari sini, kami boleh lihat pemandu itu buat sebaik mungkin, namun masih mendapat 'rating' yang menurun. Cuba fikirkan pemandu menggunakan 'auto accept' untuk menerima tempahan, sebelum dia menurunkan penumpang yang pertama, dia akan menerima tempahan yang kedua walaupun penumpang pertama masih di dalam kereta pemandu itu.