Mengambil duit tambang daripada pelanggan GrabPay
Ramai orang suka menggunakan GrabPay untuk menggantikan tunai (cash) semasa pembayaran kepada pemandu Grab. Ia adalah mudah, cepat dan selamat ketika pelanggan sampai ke destinasi tanpa perlu membayar duit secara tunai kepada pemandu, maka akan menjimatkan masa kedua-dua pihak.
Setelah sampai di destinasi, pelanggan cuba mengingatkan sekali lagi kepada pemandu Grab itu bahawa akan membayar secara GrabPay. Ini kerana pelanggan ingin pemandu tersebut tahu dan tidak meminta duit tambang ketika pelanggan mahu beredar daripada kenderaan itu.
Ini adalah tindakan yang tidak wajar dan tidak jujur, pemandu perlu sentiasa berjaga jaga untuk memeriksa skrin seperti di atas. Setelah pelanggan turun daripada kenderaan, pemandu Grab cuma perlu ucap 'terima kasih' kepada pelanggan tanpa meminta sebarang duit daripada mereka.
Terdapat satu tanda berwarna biru 'GRABPAY' di sebelah harga tambang itu, harap para pemandu dapat berhati hati ketika mengendalikan tempahan GrabPay ini. Semoga semua pihak dapat berkerjasama dan sampai ke destinasi dengan selamat.


0 Comments