Penumpang harus bertimbang rasa ketika membuat tempahan Grab
Pemandu Grab tidak wajib untuk menunggu penumpang lebih 10 minit dan ke atas.
Biasanya, pemandu Grab akan sampai ke destinasi anda dalam masa 5 hingga 8 minit saja setelah menerima tempahan daripada penumpang. Anda disarankan untuk tidak menempah Grab sekiranya anda belum bersedia.
Antara contoh-contoh menunjukkan penumpang tidak bertimbang rasa adalah:
1. Menempah grab ketika masih berada di dalam train dan menyebabkan pemandu grab terpaksa menunggu lama. Memang niat penumpang Grab untuk terus menaiki Grab selepas dia turun dari LRT atau MRT, tetapi tindakan ini telah merugikan masa pemandu Grab tersebut dan mungkin situasi ini menyebabkan kesesakan lalu lintas di hadapan stesen dan menyusahkan orang lain.
2. Semasa anda masih berjalan sambil menempah Grab di dalam shopping mall, anda tidak sangka bahawa pemandu Grab telah sampai di entrance shopping mall yang anda memilih dengan cepat. Tapi anda masih di dalam shopping mall lagi, anda langsung tidak terfikir tentang kenderaan Grab adalah tidak dibenarkan menunggu di entrance shopping mall dengan lama, pengawal shopping mall akan menghalau Grab atau sesiapa yang menghalang lalu lintas di depan pintu shopping mall. Maka pemandu Grab terpaksa memusing sekali lagi, ia akan membuang masa dan petrol pemandu Grab tersebut, adakah anda rasa semua pemandu Grab adalah 'driver peribadi' anda?
3.setelah menempah Grab, pemandu Grab akan mengambil masa 5 hingga 8 minit sampai ke destinasi anda. Dalam sesetengah kes, ia akan mengambil masa lebih lama mungkin dalam 10 hingga 15 minit berdasarkan keadaan jalan raya sekeliling. Akan tetapi, pemandu Grab sampai ke destinasi anda dalam masa tersebut, anda masih tidak bersedia menunggu di lobby atau pintu rumah anda. Anda masih berhegeh-hegeh hantar mesej kepada pemandu bahawa anda akan turun dengan segera. Memang tidak menjadi masalah anda pesan kepada pemandu anda akan turun segera, tapi kenapa anda tidak boleh turun selepas menempah Grab tersebut, di sambil itu, pemandu Grab pun tengah 'on the way' juga. Bukan kah itu cara baik untuk kedua dua pihak, jimat masa dan kerjasama masing masing. Supaya anda boleh sampai destinasi dengan cepat dan pemandu Grab dapat memperolehi lebih banyak tempahan juga.
4.anda telah menempah Grab, ketika pemandu Grab sedang menuju ke lokasi yang anda telah memilih, pemandu cuma mengikuti GPS ke lokasi anda, tapi anda baru memberitahu pemandu Grab anda berada di lokasi lain daripada lokasi yang anda telah memilih. Ini kerana anda percaya bahawa fungsi 'auto select' daripada aplikasi Grab ini adalah betul, tidak kira di mana anda berada. Adakah anda tahu tentang 'auto select' lokasi boleh memilih tempat di sekeliling anda dalam lingkungan 1 km. Ia tidak akan menunjuk 100% tepat di mana anda berada, oleh itu anda harus memilih lokasi anda dengan nama kedai, pintu shopping mall, nama jalan dengan tepat. Sebagai contoh, anda berada di Jalan 12/1, jangan pula anda memilih Jalan 12/2, ini akan mengelirukan pemandu untuk sampai ke lokasi anda.
Oleh itu, sama-sama kita bekerjasama dan bertoleransi antara satu sama lain bagi membantu semua pihak tidak kira pemandu ataupun penumpang Grab.
