Penumpang lebih suka memilih e-hailing daripada taxi tradisional
Walaupun pemandu taxi tradisional masih merungut tentang rezeki mereka terancam disebabkan kemunculan e-hailing pada masa kini. Akan tetapi penumpang lebih suka memilih e-hailing yang tengah hangat pada abad ini menerusi aplikasi yang mudah digunakan.Zaman sekarang, terdapat bermacam macam aplikasi e-hailing yang menyediakan perkhidmatan kepada para penumpang. Ia adalah mudah digunakan, dan amat menyenangkan kepada penumpang ketika ingin menempah perkhidmatan tersebut. Pemandu e-hailing akan mengikuti lokasi yang ditempah oleh penumpang dan pemandu mengambil masa kurang daripada 15 minit akan sampai ke lokasi penumpang itu. Tidak kira di mana sahaja, sama ada mengambil di dalam lobby condo, apartment, kawasan perumahan, rumah kedai atau kawasan kilang.
Perkhidmatan e-hailing membolehkan pemandu e-hailing sampai ke lokasi yang pemandu taxi tradisional tidak akan sampai. Ini adalah kerana taxi tradisional cuma akan meronda dan memusing di jalan raya utama sahaja, ia tidak memudahkan penumpang ketika hujan ataupun waktu malam.
Ia menjadi satu arus aliran yang tidak dapat dielakkan, ia sedang berlaku di mana - mana negara yang menjadi satu arus hangat. E-hailing akan menggantikan kedudukan taxi tradisional yang makin terancam. Kebanyakan taxi tradisional cuma mementingkan keuntungan yang lumayan daripada penumpang, mereka akan memilih penumpang, destinasi serta harga tambang.
Tidak dinafikan, taxi tradisional akan disingkirkan pada masa akan datang sekiranya mereka masih tidak berubah. Menurut pelancong daripada Indonesia, e-hailing yang menggunakan motosikal adalah satu kemudahan besar bagi warga di sana. Sumber daripada pelancong tersebut juga menyebutkan tentang taxi tradisional di kawasan Surabaya telah dihapuskan dan dilenyapkan serta merta.
Sesetengah taxi tradisional masih merungut tentang pendapatan seharian cuma sebanyak RM21 sahaja walaupun dari waktu pagi sampai malam. Bagi mereka yang sanggup menunggu di kawasan perhentian taxi atau tempat pelancongan dengan masa berjam-jam. Apatah lagi membuang masa untuk mendapat penumpang mengikut giliran. Pada masa yang sama, pemandu e-hailing telah pun mengambil sebanyak 6 penumpang dengan jumlah tambang kira-kira RM30.
Ia adalah pendapatan yang melebihi seperti mana disebutkan dan dirungut oleh taxi tradisional itu. Tidak hairan kenapa penumpang tidak memilih taxi tradisional dan akan memilih kepada perkhidmatan e-hailing yang mudah dan cepat. Bagi pemandu taxi tradisional, mereka juga ditawarkan supaya memuat-turun aplikasi e-hailing, ini bermakna ini membawa manfaat yang besar kepada mereka yang mempunyai pilihan sama ada memandu secara meter sebagai taxi. Atau memandu memilih aplikasi sebagai pemandu e-hailing dengan harga tambang yang ditetapkan.
Walau bagaimana pun, pemandu tradisional atau pemandu e-hailing masing masing memberi perkhidmatan kepada pada penumpang, pemilihan adalah masih di tangan penumpang. Bagi penumpang pula, mereka hanya memerlukan perkhidmatan yang mudah, cepat dan murah.
You may post your comments to us at :
-grabdriverforum@gmail.com
-Facebook.com/grabforum

0 Comments