Pampasan Pembatalan khas untuk pemandu Grab
Pampasan pembatalan atau lebih dikenali sebagai Cancellation Compensation telah dilaksanakan oleh pihak Grab terhadap rakan pemandu Grab yang menerima Cancellation Job.
Ianya bermula 26 November 2018 dan ini merupakan salah satu langkah untuk menjaga kebajikan rakan pemandu Grab.
Kebelakangan ini terdapat segelintir penumpang yang selalu membuat cancellation setelah membuat booking Grab. Ketika pemandu sedang menuju ke destinasi penumpang itu, tiba-tiba penumpang itu membatalkan tempahan tersebut tanpa notis atau alasan kepada pemandu Grab, maka ia akan membawa sedikit kerugian terhadap pemandu Grab dari segi pembaziran masa dan petrol.
Lagi pun ia adalah tidak adil dan menambah kesusahan bagi pemandu Grab untuk mencari pendapatan seharian.
Lagi pun ia adalah tidak adil dan menambah kesusahan bagi pemandu Grab untuk mencari pendapatan seharian.
Pihak Grab telah melaksanakan Grab Driver Cancellation Fee sebanyak RM3.00 kepada rakan pemandu Grab yang menerima pembatalan tempahan daripada penumpang. Akan tetapi rakan pemandu Grab tidak boleh sesuka hati biar penumpang menekan butang pembatalan dengan sendiri kerana program ini mempunyai syarat-syarat yang tertentu.
Pihak Grab tidak akan menolak komisen daripada pampasan pembatalan itu, RM3.00 adalah dibayar secara penuh ke dalam Cash Wallet pemandu selepas setiap pembatalan tempahan dibuat.
Syarat-syarat untuk melayakkan diri mendapat pampasan tersebut.
1. Penumpang yang membatalkan tempahan tersebut setelah 5 minit tempahan itu dibuat oleh penumpang sendiri.
2. Passenger No-Show atau Penumpang tidak muncul setelah pemandu sampai ke destinasi. Pemandu harus menekan butang "I Have Arrived" dan menunggu penumpang itu selama 5 minit.
(Masa menunggu untuk GrabShare adalah 3 minit)
3. Pemandu yang membuat pembatalan sendiri atas sebab sebab tertentu :
- Lebih daripada 4 orang penumpang
- Penumpang yang book GrabShare tapi lebih daripada 2 orang
- Luggage yang banyak tapi kereta pemandu Grab adalah kecil (Myvi / Axia)
- Penumpang membawa haiwan peliharaan atau benda yang merbahaya
Syarat-syarat yang TIDAK melayakkan diri mendapat pampasan tersebut.
1. Ketika pemandu berada di dalam Back-to- Back job, iaitu penumpang pertama masih belum diturunkan, tempahan kedua tengah menunggu ketibaan pemandu itu dan membuat pembatalan dalam masa 5 minit.
2. Penumpang membuat pembatalan tempahan dengan sendiri dalam masa kurang daripada 5 minit selepas tempahan dibuat.
3. Pemandu mengambil masa yang terlalu lama dan perjalanan pelik daripada biasa supaya melengahkan masa untuk sampai ke tempat penumpang sedang menunggu. System Grab boleh mengetahui tentang perkara ini.
4. Pemandu tidak memandu ke arah penumpang setelah menerima tempahan.
5. Menyalahgunakan pembatalan tempahan supaya tidak menjejaskan kadar pembatalan (Cancellation Rate)
Semoga anda semua memandu dengan berhemah, cermat dan amanah, jangan cuba nak mendapatkan pampasan RM3.00 ini dan mengabaikan kerjaya anda sebagai rakan pemandu Grab sekiranya anda membuat sesuatu yang melanggar polisi Grab.
You may post your comments to us at :
-grabdriverforum@gmail.com
-Facebook.com/grabforum
You may post your comments to us at :
-grabdriverforum@gmail.com
-Facebook.com/grabforum

0 Comments