Pengalaman menaiki Grab Premium dengan harga Grabcar biasa

Pengalaman menaiki Grab Premium dengan harga Grabcar biasa

(Gambar fail)

Hari Selasa yang lepas iaitu Hari Natal, adalah merupakan cuti umum. Hari yang agak bosan sekiranya cuma sehari je cuti di tengah-tengah minggu tersebut.

Rasa macam nak pergi jalan-jalan tapi takut trafik jem di pusat bandar. Oleh itu kami sekeluarga 3 orang, pun cadang pergi makan dulu di Texas Chicken, kemudian naik Genting jalan-jalan.

Kami telah memilih Grab, tak payah bawa kereta sendiri, ada driver kan best..mula-mula dapat Proton Saga pergi makan di Texas Chicken. Setelah siap makan, kami pun order Grab dulu, tengok kereta apa yang akan kita dapat untuk menghantar kami ke Genting.



Kami amat bersyukur dapat Toyota Estima sebagai driver kami untuk perjalanan ke Genting. Kami cuma memilih JustGrab saja, tidak perlu memilih Grab Premium. Yang penting dengan harga tambang yang murah dapat menaiki kereta yang agak selesa sikit dan luas.

Harga tambang cuma RM80 saja, tidak termasuk tol. Jika memilih Grab Premium, rasanya harga tambang akan menjadi RM160. Sepanjang perjalanan itu, kami ada bersembang juga dengan driver Estima itu. Seorang uncle cina berusia dalam 50 lebih, peramah dan suka bercakap.

Dia berasa bosan di rumah ketika cuti umum, maka memilih untuk memandu Grab pada hari tersebut. Dia jarang memandu Grab, cuma sekali-sekala saja. Lagi pun uncle ini pun tidak berapa cam jalan, disebabkan jarang keluar rumah, maka dia memilih cuti umum ini supaya dapat berjalan-jalan sambil mengenali jalan.

Tanpa disedari, sudah sampai di Gohtong Jaya, kereta Estima berkuasa 2.4cc memang cepat. Tidak serupa macam kereta kami, Myvi 1.3cc saja, ketika  panjat cerun pun agak sukar. Rasa seperti kura-kura panjat gunung.

Kami suruh uncle menurunkan kami di Premium Outlet untuk menaiki cable car, tanpa menuju ke atas sekali. Setelah membuat bayaran, uncle mengucapkan terima kasih sambil melemparkan senyuman terhadap kami sekeluarga.

Kawan-kawan kami pernah menaiki Camry, Mark-X, Accord, Wish dan CRV dengan harga tambang yang sama dengan Grabcar biasa dan bukan dengan harga Grab Premium tetapi bukan selalu dapat menaiki kereta tersebut.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman menaiki kereta Grab premium tetapi dengan harga tambang yang dicaj sebagai harga Grabcar biasa, sila berkongsi pengalaman anda dengan kami.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan juga seorang penumpang Grab, bernama Jasmine Teh. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi blog ini.


You may post your comments to us at :
-grabdriverforum@gmail.com
-Facebook.com/grabforum