Ramai orang tidak tahu tentang papan tanda ini di pusat bandaraya

Ramai orang tidak tahu tentang papan tanda ini di pusat bandaraya



Adakah anda mengetahui atau sedar tentang papan tanda ini di sekitar lampu isyarat pusat bandaraya.

Sebagai pemandu di jalan raya, kita harus berwaspada terhadap kenderaan yang datang daripada kiri dan kanan serta sentiasa berjaga-jaga motosikal yang berselit-selit antara kenderaan kecil atau besar.

Kita sentiasa tersangkut di hadapan lampu isyarat merah untuk menunggu lampu bertukar kepada hijau, barulah bergerak. Itu pun kadang-kadang lampu bertukar kepada merah dengan pantas, oleh itu kenderaan yang berada di kedudukan ke-lima atau ke-enam tidak sempat untuk melepasi lampu isyarat tersebut.

Terdapat sesetengah lampu isyarat telah dikaji selidik oleh pihak pengawasan trafik, dan satu papan tanda seperti di gambarajah di atas telah diletak di bawah lampu isyarat masing-masing. Ia bertujuan untuk menggalakkan pemandu boleh membelok keluar ketika tiada kenderaan dari arah kanan atau situasi yang membenarkan kita keluar daripada lampu isyarat itu.

Akan tetapi ramai pemandu masih tidak sedar tentang kewujudan papan tanda ini, mereka akan berhenti dan menunggu sehingga lampu isyarat bertukar kepada hijau. Tanpa mereka lihat papan tanda dan terdapat satu lampu jingga kecil berkelip kelip di sebelah lampu isyarat itu yang menandakan mereka boleh meneruskan perjalanan jika laluan selamat.

Langkah ini sedikit sebanyak boleh menyelesaikan masalah kesesakan jalan di depan lampu isyarat itu terutamanya waktu sibuk.

Dengan ini kami berharap semua pemandu dapat berkerjasama ketika anda menjumpai papan tanda tersebut kerana ini adalah salah satu cara untuk menyelesaikan masalah kesesakan jalan raya bagi pengguna yang menggunakan "public transport" ataupun kemudahan Grab car.

Sekian terima kasih.
You may post your comments to us at :
-grabdriverforum@gmail.com
-Facebook.com/grabforum