Adakah Proton X70 terbaru sesuai dijadikan sebagai kereta Grab
(Gambar dipetik daripada Proton.com)
(Gambar dipetik daripada Proton.com)
Proton X70, merupakan model terbaru dan dikategori sebagai kenderaan pelbagai utiliti (SUV) pertama yang diperkenalkan oleh Proton di Malaysia baru-baru ini. Buat masa ini Proton X70 ditawarkan dengan 4 varian bermula RM99,800.00 hingga RM123,800.00. Ia berada di segmen C bagi SUV 2WD ini.
Tetapi satu persoalan yang bermain di fikiran ialah adakah kereta Proton X70 dengan 1.8cc ini dikategori sebagai kereta Premium untuk Grab? Namun menurut pengesahan daripada Grab, Proton X70 adalah dikategori sebagai GrabCar Plus sahaja. Ia cuma layak untuk pemandu di kawasan Pulau Pinang dan Johor sahaja.
Apa itu GrabCar Plus? Ia memberikan pilihan kenderaan 'segmen Premium B' melaluinya seperti Toyota Vios, Honda City, Nissan Almera dan sebagainya di mana kapasiti kereta adalah 1.5cc hingga 2.0cc. Tiada kenderaan buatan tempatan daripada Proton dan Perodua yang disenaraikan melaluinya sebelum ini. Harga tambang juga adalah sedikit mahal berbanding GrabCar Ekonomi. Ia adalah terletak di antara kategori GrabCar Ekonomi dan GrabCar Premium.
Berdasarkan sumber daripada laman web kereta 'paultan.org' pada December 2018, kos penggunaan bagi X70 adalah menjadi lebih tinggi berbanding dengan kereta Honda model CR-V 1.5cc VTEC Turbo. Walaupun dengan harga alat ganti (spare-part) yang lebih tinggi untuk Honda CR-V, jangka hayat untuk penukaran alat ganti adalah lebih panjang, maka ia adalah salah satu faktor yang mendorong kepada mereka memilih kereta yang sesuai dijadikan kereta Grab. Ia akan menjimat masa dan kos servis yang tidak diperlukan, sebab masa adalah penting untuk pemandu Grab mencari rezeki mereka.
Disebabkan harga yang agak tinggi bagi Proton X70, tambahan lagi kos lain-lain diambil kira seperti kos penggunaan tayar, kos penukaran bendalir tramisi depan dan belakang, kos penukaran minyak enjin, penapis minyak dan penapis angin, maka ia adalah tidak berbaloi kereta Proton X70 dijadikan sebagai kereta Grab pada masa ini.
Apa pendapat anda tentang perkara ini, sila memberi komen anda kepada kami dan para pemandu Grab yang ingin menukar kepada Proton X70 sebagai kereta Grab.
You may post your comments to us at :
-grabdriverforum@gmail.com
-Facebook.com/grabforum

