Memilih Grab yang sesuai untuk anda ketika membuat tempahan

Memilih Grab yang sesuai untuk anda ketika membuat tempahan





Ramai antara kita pasti sudah mengenali atau mencuba perkhidmatan Grab,sama ada membuat tempahan dengan sendiri ataupun orang lain yang tolong tempahkan untuk kita.

Tahukah anda boleh memilih padanan Grab yang sesuai untuk anda ketika membuat tempahan. Anda boleh memilih menerusi menu tempahan setelah destinasi anda ditekan dan harga tambang dipaparkan.

Menu itu akan dipaparkan di atas harga tambang, anda boleh memilih sama ada Economy, Premium atau Specialty.

Jenis tempahan untuk category Economy terbahagi kepada:

1.JustGrab
(Penumpang 1-4 orang)
Jenis tempahan JustGrab khas untuk penumpang yang ingin mendapat kereta Grab secepat mungkin. Maka sebarang jenis kereta Grab akan dipilih oleh sistem termasuk GrabTaxi (teksi yang didaftar menjadi GrabCar) atau GrabCar (6-seater atau Premium).

2.GrabCar Plus
(Penumpang 1-4 orang, servis yang lebih bagus, tambang 10-20% lebih mahal)
Tempahan ini khas untuk penumpang yang ingin mendapatkan perkhidmatan yang lebih bagus. GrabCar Plus ini hanya akan diberikan kepada pemandu yang mencapai tahap cemerlang di Star Rating iaitu 4.85% dan keatas. Pemandu yang mempunyai rekod perkhidmatan yang bagus, berdisplin dan sopan. Kereta dijaga bersih, jenis kereta 1500cc dan keatas, harga tambang GrabCar Plus 20% lebih mahal daripada GrabCar biasa.

3.GrabCar 6-seater
(Penumpang 1-6 orang atau 4 orang dengan luggage)
Ia terdiri daripada kereta MPV seperti Perodua Alza, Toyota Avanza, Proton Exora, Ertiga, Honda B-RV dan sebagainya. Biasanya kereta kategory 6-seater ini sesuai untuk penumpang yang ingin menuju ke lapangan terbang dengan luggage besar, penumpang yang lebih daripada 4 orang ataupun penumpang yang ingin mendapat ruang duduk yang lebih luas dan selesa.

4.GrabShare
(Penumpang 1-2 orang sahaja, tambang 10-30% lebih murah)
Penumpang akan mendapat 10-30% lebih murah daripada harga tambang JustGrab ketika menempah menerusi GrabShare. Ia akan berkongsi dengan penumpang yang lain ketika perjalanan ingin menuju ke destinasi anda.

Oleh itu anda akan mendapat penjimatan dari segi harga tambang tapi hanya terhad kepada maksimun 2 orang penumpang (termasuk anda sendiri) dalam sekali tempahan sahaja. Tetapi dalam perkhidmatan Grabshare anda perlu berkongsi tol dengan penumpang yang lain (sekiranya ada penumpang lain yang menempah dan perlu melalui tol). Masa yang diambil akan bertambah sedikit lama ke destinasi anda, ia tidak sesuai bagi sesiapa yang ingin mengejar masa atau URGENT.

Tertakluk kepada kawasan yang tertentu, setakat ini ia hanya terdapat di Klang Valley sahaja.