Pemandu e-hailing atau Grab dilarang mengambil penumpang di lapangan terbang
(Gambar fail)
Insiden itu berlaku ketika pemandu Grab tersebut menunggu di kawasan lapangan terbang itu dan mengambil penumpang tanpa menggunakan aplikasi atau tempahan menerusi talian mudah alih.
Menurut dakwaan, pemandu Grab itu disaman oleh JPJ di bawah kesalahan menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) kerana mengambil pelanggan di lapangan terbang.
Oleh itu pemandu Grab itu telah melanggar undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, maka boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan tersebut.
Menurut satu kenyataan JPJ, pemandu e-hailing atau Grab adalah dilarang mengambil atau menunggu penumpang di mana-mana kawasan di lapangan terbang. Perkara itu termaktub di bawah syarat-syarat lesen pengendalian e-hailing yang telah ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.
Pemandu Grab cuma dibenarkan untuk mengambil pelanggan yang menempah Grab menerusi aplikasi syarikat pengendalian itu. Dan pemandu hanya dibenarkan mengambil penumpang dengan tempahan menerusi aplikasi Grab.
Pemandu Grab cuma perlu menunjukkan bukti tempahan aplikasi Grab tersebut sekiranya pegawai JPJ ingin mengambil tindakan saman terhadap pemandu yang sedang mengambil pelanggan di lapangan terbang. Tapi dengan syarat pemandu Grab tidak dibenarkan menunggu pelanggan di sana.
Setelah kejadian itu berlaku, ramai pemandu Grab tidak berani lagi mengambil pelanggan di lapangan terbang, mereka cuma menurunkan pelanggan mereka dan beredar daripada lapangan terbang dengan segera.
Walau bagaimana pun, pemandu Grab berusia 47 tahun yang disaman itu akan diarah hadir ke Mahkamah Majistret pada bulan April ini.
Artikel ini pandangan peribadi penulis dan juga seorang penumpang Grab, bernama Indra. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi blog ini.
You may post your comments to us at :
-grabdriverforum@gmail.com
-Facebook.com/grabforum