Pemandu Grab mengantuk menyebabkan kemalangan di Manila, Philippines
(Gambar dipetik daripada facebook saudara mangsa, Steffi de Guzman.)
Satu tragedi sedih telah berlaku menyebabkan seorang bakal engineer meninggal dunia. Kejadian ini berpunca daripada kecuaian seorang pemandu Grab yang keletihan memandu tanpa henti sepanjang hari.
Mangsa bernama Marko de Guzman berusia 20 tahun itu menempah Grab bersama kawannya. Ketika dalam perjalanan, pemandu Grab tersebut mengantuk dan terlelap mata. Tanpa menyedari, kereta Grab yang mereka naiki itu terlanggar dengan kereta yang haluan bertentangan kemudian berlanggar tiang batu LRT (Light Rail Transit).
Insiden itu berlaku pada waktu subuh 4 pagi, 26hb October 2018, Kereta yang dilanggar itu dikenal pasti adalah kereta Mitsubishi Lancer. Menurut sumber,kereta Grab yang dinaiki Marko itu ingin membuat U-turn di simpang, manakala kereta Mitsubishi Lancer itu tidak sempat untuk mengelaknya, terus terlanggar dengan kereta Grab itu. Pemandu Mitsubishi Lancer itu cuma mengalami kecederaan ringan sahaja.
(Marko de Guzman, mangsa kemalangan itu meninggal dunia pada November 2018,petikan daripada facebook Steffi de Guzman)
Mangsa itu, Marko merupakan seorang pelajar yang baru habis graduate di University of Santo Tomas, Manila. Dia telah dihantar ke Hospital Manila pada hari yang sama. Perlanggaran itu telah menyebabkan kepala Marko terhentak dan menyebabkan kecederaan Traumatik Otak Serdahana.
Walaupun rawatan pembedahan dibuat dengan segera, akan tetapi otak Marko telah mengalami kecederaan, dan akibat kemalangan ini menyebabkan hilang daya ingatan dan daya pengurusan diri.
Namun Marko telah meninggal dunia pada 27hb November 2018. Keluarga mangsa Marko akan menuntut keadilan terhadap anaknya menerusi mahkamah.
Grab Phillippines juga akan menanggung sebahagian pampasan ganti rugi kepada ahli keluarga. Pihak Grab Phillipines menasihati pemandu supaya mendapat rehat yang secukupnya.
#TipsGrabPro: Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya dalam sehari.
Artikel ini adalah petikan daripada Facebook Steffi de Guzman dan juga merupakan ahli keluarga mangsa Marko de Guzman di Manila, Phillipines. Ia tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi blog ini.
You may post your comments to us at :
-grabdriverforum@gmail.com
-Facebook.com/grabforum

