Soalan lazim tentang pemandu Grab mendapat sebanyak RM100 dalam sehari.
1.Soalan : Waktu apa yang sesuai untuk mendapatkan 'income' yang lumayan?
- Jawapan : Biasanya waktu kerja pagi dan petang adalah waktu untuk mendapat 'income' yang lebih tinggi sebab permintaan tempahan Grab adalah tinggi.
2.Soalan : Bolehkah pemandu Grab mendapat jumlah RM100 dalam sehari?
- Jawapan : Ini adalah berdasarkan bandar masing-masing di seluruh negara. Sekiranya di ibukota Kuala Lumpur, terdapat pemandu yang memperolehi lebih daripada RM100 dalam 4 jam sahaja.
3.Soalan : Waktu mana yang sesuai sekiranya saya ingin membuat cuma 8 jam dalam sehari?
- Jawapan : Waktu pagi 6 - 10 am dan waktu petang 4 - 8 pm
4.Soalan : Sekiranya saya ingin mendapat RM100 dalam sehari, tetapi cuma ingin memandu 6 jam sahaja, waktu mana yang sesuai?
- Jawapan : Memandu dari pukul 10 am hingga 2 pm selama 4 jam. Ini kerana 10 am hingga 12 tengahari adalah waktu bagi mereka ingin berurusan penting hal peribadi atau pejabat. Jam 12 tengahari hingga 2 pm adalah waktu sibuk bagi mereka yang ingin pergi mencari makanan untuk 'lunch time' mereka.
Memandu dari pukul 4 pm hingga 6 pm selama 2 jam. Waktu ini adalah waktu sibuk dan pemandu Grab akan mendapat harga tambang yang lebih tinggi. Waktu ini adalah bagi mereka yang habis kerja dan ingin balik ke rumah atau pergi mencari makan. Fokus pada waktu-waktu ini akan mendapat sekurang-kurangnya RM100 dalam 6 jam.
5.Soalan : Berapa banyak petrol yang diperlukan untuk saya mendapat 'income' RM100 dalam sehari?
- Jawapan : Itu terpulang kepada jenis kereta yang dipandu, RM20 bagi jenis kereta 1.0cc seperti Axia, RM25 bagi jenis kereta 1.3cc -1.5cc seperti Myvi, Alza, Bezza, City, Vios dan Saga. Manakala RM28 bagi jenis kereta 1.6cc - 1.8cc seperti Altis, Almera dan Civic.
6.Soalan : Berapa 'income bersih / Net income' yang akan saya dapat sekiranya saya memperolehi RM100 dalam sehari?
- Sekiranya anda berada dalam kategory 1.0cc, maka RM100-RM20 (petrol)-RM20 (komisen Grab 20%), anda masih boleh mendapat sebanyak RM60 dalam sehari.
- Jika anda berada dalam kategory 1.3-1.5cc, RM100-RM25 (petrol)-RM20 (komisen Grab 20%), anda masih boleh mendapat sebanyak RM55 dalam sehari
- Jika anda berada dalam kategory 1.6-1.8cc, RM100-RM28 (petrol)-RM20 (komisen Grab 20%), anda masih boleh mendapat sebanyak RM52 dalam sehari
Setakat sini saja soalan tentang pemandu Grab ingin mencari RM100 dalam sehari, sekiranya anda ada komen atau pendapat yang berlainan, sila memberitahu kami.
You may post your comments to us at :
-grabdriverforum@gmail.com
-Facebook.com/grabforum
-grabdriverforum@gmail.com
-Facebook.com/grabforum

0 Comments