Tahukah anda juga boleh parking kereta di lot parking sewa bulanan

Tahukah anda juga boleh parking kereta di lot parking sewa bulanan


Bagi ramai pengguna jalan raya, ketika ingin mencari lot parking di sesuatu kawasan, bersusah payah berpusing atau menunggu yang mana hendak keluar dari lot parking.

Tiba-tiba jumpa lot parking kosong tapi telah meletak kon segitiga, kerusi atau tong kosong. Lot itu bukan lot biasa yang berpetak kuning, tapi berwarna merah. Setahu kita, lot petak parking berwarna merah adalah milik seseorang yang telah bayar sewa bulanan kepada pihak berkuasa atau Majlis Perbandaran.


Tahukah anda, walaupun lot petak parking merah itu adalah khas untuk tuan kepunyaan, tapi bukan sepenuh masa dalam sehari. Ia tertakluk kepada syarat yang ditentukan oleh pihak berkuasa. Oleh itu, masa yang tertentu iaitu waktu pagi pukul 7 hingga waktu malam pukul 6, bermula Isnin hingga Sabtu sahaja. Waktu lain dan hari lain iaitu Ahad, ia adalah milik untuk semua orang.

Selain daripada itu, anda juga berhak meletak kereta di lot parking warna merah tersebut pada hari cuti awam. Sekiranya tuan kepunyaan lot parking tersebut gagal berbuat demikian dan meletakkan kon, maka tindakan akan diambil terhadapnya iaitu saman sebanyak RM500 atau sistem berkunci roda kereta akan dikenakan.