Tempat menarik sekitar Kuala Lumpur harus diketahui oleh pemandu Grab

Tempat menarik sekitar Kuala Lumpur harus diketahui oleh pemandu Grab



Sekiranya anda mengambil penumpang yang datang dari luar negara, pasti anda mengalami banyak pertanyaan daripada pelancong-pelancong tersebut.

Sebagai pemandu Grab, kami harus memberi bantuan kepada pelancong-pelancong ini mengenai info tentang Kuala Lumpur. Di samping itu, industri teksi dan e-hailing memainkan peranan penting bagi menjaga imej negara supaya pelancong luar negara memperolehi pengalaman yang terbaik di Malaysia.

Sebagaimana yang diketahui, Kuala Lumpur merupakan sebuah ibu kota negara Malaysia yang menawarkan pelbagai tempat percutian menarik untuk diterokai. Walaupun saiz geografinya tidak sebesar ibu kota di negara lain seperti Beijing, Tokyo, Jakarta dan lain-lain. Namun terdapat banyak pilihan tempat yang menarik di Kuala Lumpur terutama bagi mereka yang suka shopping, suka makan makanan sedap yang lain dari tempat mereka, tempat-tempat menarik untuk mengambil gambar, serta hotel yang bersih dan selesa.

Selain daripada itu, teedapat juga aktiviti luar seperti mendaki gunung, air terjun atau berkelah (picnic) yang juga mudah diterokai.

Terdapat bermacam-macam makanan juga mudah diperolehi di sekitar kawasan pusat bandar seperti Bukit Bintang dan KLCC disebabkan negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk berbilang bangsa. Makanan tempatan melayu, cina atau india boleh didapati di mana-mana sahaja, manakala makanan luar negara juga mudah diperolehi seperti makanan Iran, Bangladesh, Turki, Indonesia, China, Korea, Jepun dan sebagainya.

Antara tempat-tempat yang menarik di sekitar Kuala Lumpur adalah seperti:

1. Menara KL / KL Tower
2. Menara Kembar KLCC / Petronas Twin Towers
3. Dataran Merdeka / Merdeka Square
4. Bangunan Sultan Abdul Samad / Sultan Abdul Samad Building
5. Pasar Seni / Central Market
6. Petaling Street / China Town KL
7. Kuil Sri Mahamariamman / Sri Mahamariamman Temple
8. Brickfield / Little India KL
9. Masjid Jamek KL / Jamek Mosque KL
10. Masjid Negara / National Mosque
11. Muzium Negara / National Museum
12. Zoo Negara / National Zoo Malaysia
13. Taman Tasik Perdana / Perdana Botanical Gardens
14. Istana Negara / National Palace
15. Taman Orkid / Orchid Garden
16. Tugu Negara / National Monument Park
17. Taman Burung / KL Bird Park
18. Muzium DiRaja / Royal Museum
19. Taman Rama-rama / KL Butterfly Park
20. Taman Hutan Eco KL / KL Forest Eco Park
20. Petrosains Kuala Lumpur
21. Pusat Sains Negara / National Science Park
22. Planetarium Negara / National Planetarium
23. Rumah Terbalik KL / KL Upside Down House
24. Tokong Thean Hou / Thean Hou Temple
25. Masjid Putrajaya / Putra Mosque
26. Taman Metropolitan Kepong / Kepong Metropolitan Park
27. Batu Caves Temple
28. Taman Tasik Titiwangsa / Titiwangsa Lake Garden
29. Pusat Pelancong Royal Selangor / Royal Selangor Visitor Centre
30. Pusat makan Jalan Alor / Alor Street Food Market

Pengetahuan ini sedikit sebanyak membantu kita dalam melayan pelanggan Grab terutama pelancong luar negara.