Grab memperkenalkan kemudahan terbaru Panggilan Menerusi Data Mudah Alih (VOIP)
Mulai 28hb Januari 2019, rakan pemandu tidak perlu lagi risau tentang kos tambahan untuk bil telefon ketika membuat panggilan kepada penumpang mereka. Kemudahan yang terbaru VOIP (Voice Over Internet Protocol) diperkenalkan oleh Grab terhadap kedua-dua pihak iaitu pemandu dan juga penumpang.
Kemudahan ini adalah untuk kesenangan kedua-dua pihak setelah tempahan dibuat. Pemandu sampai ke destinasi penumpang tersebut, dia akan menelefon penumpang hanya dengan menggunakan data mudah alih mereka. Panggilan akan menerusi VOIP itu dan pemandu tidak perlu risau tentang caj panggilan untuk setiap panggilan.
Disebabkan ramai pemandu yang memiliki pelan panggilan telefon secara pra-bayar (prepaid), maka mereka akan sentiasa risau kehabisan duit dalam prepaid ketika setiap kali membuat panggilan kepada penumpang.
Pemandu hanya perlu menggunakan mesej menerusi GrabChat setiap kali menghubungi penumpang. Kebanyakan penumpang tidak sempat membaca mesej dan membiarkan pemandu itu menunggu di bawah apartment mereka.
Lagipun ia akan menyusahkan pemandu untuk menaip mesej sambil memandu, dan merbahayakan nyawa pemandu juga.
Sebaliknya VOIP yang diperkenalkan Grab ini boleh mengurangkan kos tambahan bagi pemandu dan penumpang daripada bil telefon, setiap panggilan menerusi VOIP hanya akan dicaj dengan pelan data yang dimiliki masing-masing.
Sistem VOIP ini juga boleh digunakan oleh pemandu dengan hand-free untuk bercakap dengan penumpang ketika sedang memandu.
Anda juga tidak perlu risau tentang nombor telefon terdedah, ini kerana VOIP ini mempertahankan hak peribadi kedua-dua pihak. Pemandu tidak dapat melihat nombor telefon penumpang dan sebaliknya penumpang juga tidak dapat melihat nombor telefon pemandu.
Semua panggilan akan dibuat melalui sambungan internet yang aktif dan kaedah ini memerlukan data mudah alih anda mestilah sentiasa diaktifkan selari dengan aplikasi Grab anda.

