Kelebihan Waze yang ramai pemandu Grab tidak tahu

Kelebihan Waze yang ramai pemandu Grab tidak tahu


Ramai di antara kita pasti pernah menggunakan aplikasi Waze, iaitu satu panduan pemetaan mudah alih. Ia adalah sebuah program aplikasi berkaitan tentang navigasi GPS bagi telefon pintar.

Waze juga akan menyediakan informasi atau maklumat laluan terkini, masa perjalanan diperlukan serta maklumat lokasi di mana pengguna berada. Ia amat mudah digunakan oleh para pemandu terutamanya pemandu e-hailing seperti Grab dan MyCar.

Tetapi ramai di antara kita cuma menggunakannya selain daripada hanya meletakkan alamat dan menekan "MULA / GO".

Sebenarnya ada lebih lagi kemudahan daripada Waze yang anda tidak tahu, ia adalah seperti berikut.


1. Pilih laluan perjalanan yang berbeza


Setelah kita menekan butang "MULA / GO", biasanya laluan yang dipaparkan adalah laluan yang terpantas berdasarkan keadaan trafik jalan pada masa itu. Ia boleh menjimatkan masa untuk pemandu supaya lebih cepat sampai ke destinasi penumpang itu. Selain itu, ia juga akan mengelakkan kita daripada kesesakan lalu lintas pada masa itu dengan pemberitahuan maklumat tentang kemalangan, penutupan jalan dan sekatan jalan raya di hadapan.

Anda cuma tekan "Laluan" untuk melihat pilihan laluan yang ada bersama jarak jauh dan jangka masa diperlukan untuk tiba ke destinasi anda. Biasanya terdapat 2 atau 3 pilihan laluan untuk anda.


2. Guna laluan yang tiada tol


Kadang kala pemandu Grab akan diminta oleh penumpang supaya tidak menggunakan laluan tol, ini kerana penumpang ingin mengelak daripada membayar tambang tol. Oleh demikian, anda boleh mengelak laluan yang mempunyai tol dengan menekan "tetapan/setting" dan aktifkan butang "elak laluan bertol/avoid toll". Setelah anda melengkapkan penghantaran penumpang tersebut, mematikan butang ciri ini supaya perjalanan yang seterusnya tidak akan terjejas.


3. Mencari kemudahan asas yang terdekat


Bagi ramai pemandu Grab, pasti menghadapi pengalaman hampir kehabisan minyak petrol ketika sedang menghantar penumpang ke destinasi yang tertentu,. Tapi ingin mencari stesen minyak yang terdekat, kadang kala agak sukar juga terutamanya di kawasan yang terpencil dalam.
Dengan aplikasi Waze, anda hanya perlu tekan ikon Petrol di petak carian 'Ke Mana' di laman utama aplikasi Waze. Anda boleh melihat senarai stesen minyak yang terdekat dengan kawasan anda berada.
Selain itu, pemandu Grab juga boleh mendapat info kemudahan asas lain seperti Parkir, Restoren, Hotel, Membeli-belah, Farmasi, Kedai Runcit, Hospital ataupun Klinik yang terdekat. Pemandu Grab boleh memilih Restoren terdekat untuk berehat seketika supaya boleh meneruskan perjalanan dengan lebih semangat dan selamat.