Kenapa Driver Rating penting bagi setiap pemandu Grab?
Pasti anda pernah dengar tentang Driver Rating (DR) pemandu Grab? Sama ada anda sebagai pemandu atau penumpang Grab, pasti memain peranan yang penting dalam industri e-hailing.
Oleh itu, Grab telah memperkenalkan Driver Rating (DR) bagi setiap pemandu tersendiri. Ia terdiri daripada 5 bintang dan akan dinilaikan oleh penumpang setiap kali mereka diturunkan.
Selain daripada mendapat penumpang sebanyak yang boleh, setiap rakan pemandu Grab akan berusaha menjaga kualiti perkhidmatan mereka. Setiap pemandu harus mencapai Driver Rating yang tertinggi dan pada tahap yang memuaskan semua penumpang yang pernah menaiki kereta mereka.
Bagaimana ia berfungsi dan apa kegunaannya bagi setiap pemandu? Setelah setiap kali perjalanan tamat, penumpang akan memberi maklum balas atau penilaian tahap perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemandu mereka.
Pemandu akan dinilaikan menerusi Sistem Driver Rating bagi setiap perjalanan bagi mengekalkan taraf perkhidmatan yang tinggi iaitu rating dari 1 hingga 5 bintang. Ia juga membantu dalam mengekalkan kualiti tinggi setiap pemandu Grab tersebut untuk mereka mengetahui tahap kepuasan penumpang.
Selain daripada itu, Driver Rating ini juga penting bagi Grab untuk mengenali setiap pemandu Grab tentang cara perkhidmatan yang ditawarkan sama ada cemerlang atau buruk terhadap penumpang mereka. Ini memberi kerjasama antara 3 pihak iaitu antara penumpang, pemandu serta Grab supaya pihak Grab dapat memberikan ganjaran untuk mereka yang mencapai tahap cemerlang.
Ramai tertanya-tanya, bagaimana rating pemandu akan dikira? Sebenarnya ia akan mengambil masa selama 72 jam selepas setiap kali perjalanan dilengkapi penumpang bagi menilai pengalaman pemandu itu dengan kadar 1 hingga 5 bintang. Sistem Driver Rating ini akan dikira berdasarkan secara purata 100 rating akhir pemandu itu. Walaupun penumpang terakhir memberi rating yang rendah, ini tidak akan menjejaskan rating sekiranya pemandu itu mempunyai purata rating yang cukup tinggi sepanjang masa.
Setiap pemandu Grab boleh merujuk pada aplikasi mereka untuk melihat Driver Rating yang terkini.

Driver Rating semasa setiap pemandu akan dikemaskini 2 kali sehari pada masa yang telah ditetapkan. Oleh itu, perubahan pada nilai rating pemandu itu mungkin tidak mencerminkan rating dari penumpang terakhir.
Nota: Lihat ‘Pengiraan Driver Rating’ untuk pengiraan terperinci.
Setiap pemandu perlu mengekalkan tahap minima 4.70 bagi mendapat ganjaran ataupun insentif daripada Grab. Oleh itu, pemandu akan memperolehi kadar bintang sebanyak yang boleh dan menawarkan perkhidmatan yang memuaskan setiap penumpang. Namun ada segelintir penumpang juga akan memberi komen negatif sekiranya pemandu tidak berbuat salah terhadap mereka. Ia cuma mengambil peratus yang amat rendah di kalangan penumpang di negara kita.
Nota: Lihat ‘Pengiraan Driver Rating’ untuk pengiraan terperinci.
Setiap pemandu perlu mengekalkan tahap minima 4.70 bagi mendapat ganjaran ataupun insentif daripada Grab. Oleh itu, pemandu akan memperolehi kadar bintang sebanyak yang boleh dan menawarkan perkhidmatan yang memuaskan setiap penumpang. Namun ada segelintir penumpang juga akan memberi komen negatif sekiranya pemandu tidak berbuat salah terhadap mereka. Ia cuma mengambil peratus yang amat rendah di kalangan penumpang di negara kita.
