Kelebihan Grab terhadap rakan pemandu

Kelebihan Grab Terhadap Rakan Pemandu


1.Pampasan pembatalan tempahan
(Cancellation Compensation)


Mulai 19 November 2018, pemandu layak mendapat pampasan pembatalan sebanyak RM3.00 sekiranya tempahan dibatalkan oleh pemandu atau penumpang. Syaratnya adalah tempahan tersebut mesti melebihi 5 minit. Ia tidak akan menjejaskan prestasi Cancellaion Rating (CR) pemandu.

Ia adalah salah satu langkah untuk melindungi pemandu daripada kerugian ketika perjalanan menuju ke lokasi penumpang itu.


2.Pampasan Lalulintas
(Traffic Compensation)



Grab sentiasa prihatin tentang insentif atau pampasan kepada rakan pemandunya. Seperti contoh, kesesakan lalulintas di pusat bandaraya adalah satu kesan impak terhadap pengambilan penumpang oleh pemandu Grab. Kebanyakan pemandu akan mengelakkan diri daripada masuk ke pusat bandaraya pada waktu sibuk untuk mengambil penumpang. Bagi pemandu, ia akan memakan masa yang berlebihan dan membazir minyak disebabkan tersangkut di dalam kesesakan jalan yang amat teruk pada waktu tersebut. Maka penumpang akan mengalami kekurangan pemandu atau menunggu lama pada waktu sibuk.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah tersebut, Grab memahami situasi yang dialami oleh kedua-dua pihak. Grab telah memberi 'Pampasan Kesesakan / Traffic Compensation' kepada pemandunya setiap minggu. Sistem pemetaan pada Grab akan mengesan masa yang pemandu tersangkut di dalam kesesakan.


3.Hentian Rehat Pemandu Grab
(Grab Driver Pit Stops)

Grab telah bekerjasama dengan Petronas dimana pemandu Grab boleh berehat dan
singgah di stesen minyak Petronas yang berdekatan. Hentian rehat ini disediakan khas untuk pemandu Grab supaya mereka dapat menyegarkan diri dan berehat dengan secukupnya sebelum menyambung perjalanan mereka untuk mengambil penumpang lain.

Pemandu boleh menikmati kopi atau air mineral secara percuma dengan syarat mengisi minyak sebanyak RM50 dan ke atas. Selain itu, pelbagai barang runcit di dalam stesen boleh dibeli dengan harga diskaun.

Kini Grab driver pit stops berada di stesen Petronas yang terpilih di seluruh Malaysia. Bilangan akan bertambah mengikut jadual yang tertentu.


4.Bonus Tambahan Setiap Perjalanan Yang Layak


GAMBAR 1

GAMBAR 2

Sejak insentif 'Hourly Guarantee' dilupuskan oleh Grab, ia digantikan dengan jenis insentif yang lain.

GAMBAR 1. Insentif Time Booster, salah satu insentif dilaksanakan bagi tempahan yang diterima oleh pemandu tetapi perjalanan itu agak jauh atau sesak.

GAMBAR 2. GrabShare Bonus adalah insentif di mana pemandu mengambil penumpang yang menempah secara perkongsian.

Syarat-syarat untuk pemandu layak mendapat insentif GrabShare Bonus:
1.insentif dikira mengikut masa yang digunakan sepanjang perjalanan tersebut.
2.ia tertakluk kepada waktu sibuk iaitu 5pm hingga 9pm
3.bagi tempahan GrabShare yang tidak padan, bermula 12pagi hingga 11.59 mlm.


5.Ganjaran Program Rujukan Pemandu Baru
(Refer and Earn)



Dari semasa ke semasa, Grab sering menggalakkan rakan pemandu supaya mengesyorkan lebih ramai orang menyertai keluarga besar Grab. Oleh itu, Grab telah memperkenalkan 'Program Rujukan Pemandu Baru' supaya pemandu lama dapat merujuk orang ramai menyertai sebagai pemandu baru. Grab akan memberi ganjaran yang menarik terhadap pemandu yang berjaya merujuk ramai pemandu baru. Antara ganjarannya seperti wang tunai ataupun percutian perlancongan ke luar negara.

6.Penjimatan Caj Panggilan Telefon



Setiap kali pemandu harus menelefon atau menerusi GrabChat untuk memberitahu penumpang bahawa mereka telah sampai di lokasi penumpang tersebut. Walaupun mesej GrabChat telah disampaikan kepada penumpang,kadang kala penumpang tidak membaca atau menghirau mesej tersebut.

Oleh itu, pemandu terpaksa menelefon penumpang supaya memberitahu tentang ketibaan pemandu itu. Bagi sesetengah pemandu atau penumpang yang ingin menjimatkan bil telefon mereka,maka ia adalah susah bagi mereka untuk menelefon antara satu sama lain.

Grab memahami kesusahan antara kedua-dua pihak, maka satu plan 'VOIP' atau dikenali sebagai Panggilan Menerusi Data Mudah Alih telah dilaksanakan supaya mereka menelefon menerusi pelan data mereka.


7.Program Simpanan Dengan Grab iaitu i-Saraan



Mulai 16 Ogos 2018, Grab telah memperkenalkan Program Simpanan Dengan Grab, eksklusif untuk rakan pemandu yang bekerja sendiri.

Ia adalah salah satu program inisiatif dan kerjasama antara Grab dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tujuannya adalah untuk membantu  pemandu yang membuat caruman ke akaun KWSP mereka di bawah i-Saraan dengan simpanan persaraan mereka.

Di bawah program ini, pemandu akan mendapat sumbangan 15% daripada kerajaan bagi status Silver, Gold dan Platinum. Di samping itu, Program Simpanan Dengan Grab ini akan memberikan rakan pemandu sumbangan tambahan 5% daripada Grab jika pemandu mengekalkan status Gold atau Platinum selama 4 bulan daripada 6 bulan ( satu kitaran selama 6 bulan).