Penumpang boleh menukar destinasi setelah tempahan telah dibuat

Penumpang Boleh Menukar Destinasi Walaupun Tempahan Telah Dibuat

Gambarajah 1

Ramai penumpang masih tidak tahu tentang mereka boleh menukar destinasi mereka walaupun tempahan Grab telah dibuat. Kadang-kala penumpang tidak sedar destinasi asal telah ditekan salah lokasinya, ketika pemandu telah sampai, baru lah menyedari bahawa destinasi yang ditekan adalah tidak betul.

Manakala ada juga penumpang yang mempunyai hal kecemasan secara tiba-tiba selepas membuat tempahan Grab. Maka mereka tidak perlu membatal tempahan tersebut dan membuat tempahan yang baru kerana ia akan mengambil masa yang lagi lama. Penumpang hanya perlu menukar destinasi asal kepada destinasi yang baru dengan menekan 'change' seperti gambarajah 1 di atas.

Selain itu, penumpang juga akan keliru tentang lokasi yang dipilih, seperti contoh, Taman Sri Sentosa.

Terdapat 2 nama Sri Sentosa yang sama iaitu satu di Klang,Selangor dan satu lagi di Jalan Klang Lama,Kuala Lumpur. Jika tertekan salah, harga akan jauh berbeza.

Dengan perkhidmatan ini, penumpang tidak perlu membatal tempahan tersebut dan mendapat pemandu yang sama. Fungsi pertukaran destinasi ini cuma hanya perlu pemandu sampai ke lokasi penumpang itu berada, penumpang baru lah boleh menekan 'change' itu. Selagi pemandu belum sampai, butang 'change' itu tidak akan berfungsi dan tidak dapat ditekan.

Gambarajah 2

Akan tetapi penumpang akan dikenakan caj tambahan iaitu RM2.00 untuk perkhidmatan ini. Ia akan dipaparkan di resit rasmi ketika siap perjalanan tersebut seperti gambarajah 2 di atas.