Untuk makluman penting kepada semua rakan pemandu Grab, bahawa penutupan Jalan TAR di sekitar pusat bandaraya akan bermula 1hb April 2019. Mengikut laporan sebelum ini, tarikh ditetapkan bermula adalah pada 15hb Mac 2019.
Sebelum ini dilaporkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menutup Jalan TAR bermula dari Jalan Esfahan berhampiran Sogo hingga ke Jalan Melayu.
Ia terhad kepada semua kenderaan persendirian termasuk kenderaan e-hailing. Akan tetapi kenderaan yang dibenarkan menggunakan jalan tersebut adalah seperti bas awam, bas pelancongan, teksi, kenderaan bomba, ambulans, polis dan kenderaan kecemasan sahaja.

DBKL turut akan memindahkan peniaga bazar Ramadan di kawasan sedia ada ke jalan berkenaan yang dijangka menyediakan kira-kira 250 petak perniagaan.
Sila klik untuk membesarkan gambar
Namun sumber terkini daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad, berkata jalan tersebut akan ditutup untuk tempoh percubaan selama sebulan. Waktu dari jam 8 pagi hingga 12 tengah malam bermula 1hb April 2019 pada hujung minggu dan cuti umum.
DBKL berhasrat keputusan ini akan membawa kesan yang baik terhadap peniaga-peniaga di sekitar kawasan sana, dan ingin memajukan lagi kawasan Jalan TAR sebagai kawasan segi tiga emas seperti Bukit Bintang.
Selain itu, DBKL ingin menukar jalan TAR tersebut menjadi kawasan pejalan kaki, ini kerana ia sebahagian daripada projek "River of Life".