Amalan yang perlu diperbaiki oleh pemandu Grab

Amalan yang perlu diperbaiki oleh pemandu Grab


1.Tidak memberhentikan kereta sesuka hati

Walaupun disuruh penumpang supaya berhenti di tepi jalan, lebih mudah untuk mereka menurun ke destinasi. Tetapi adakah anda berfikir kereta yang berada di belakang anda, ia akan menyebabkan kemalangan dan kesesakan jalan disebabkan oleh anda.
Berhenti di lokasi yang lebih selamat atau petak "Pick-up & Drop-off" yang disediakan.

2.Tidak bermain dengan telefon bimbit

Ramai penumpang tidak puas hati dan tidak selesa ketika pemandu Grab itu sedang memandu sambil bermain smartphone mereka.
Selain daripada menggunakan aplikasi Grab dan aplikasi pemetaan GPS di telefon itu, pemandu adalah dinasihati supaya jangan menaip mesej di aplikasi seperti Whatapps, Wechat, Facebook dan lain-lain.

3.Jangan menggunakan smartphone yang tidak mempunyai qualiti

Pemandu Grab yang menggunakan smartphone yang kurang bertindak laju, ia akan menyebabkan GPS pada Google Map atau Waze bertindak lambat. Ia akan menjadi agak susah kepada pemandu untuk melihat peta sambil memandu.

4.Jangan makan dan minum sambil memandu

Penumpang berasa agak tidak selesa ketika duduk di belakang, sambil melihat pemandu tengah mengunyah makanan atau minuman. Ini kerana perbuatan ini adalah tidak menghormati perasaan penumpang.
Ia juga tindakan yang merbahaya ketika makan sambil memandu.

5.Jangan meninggikan bunyi radio

Pemandu berhak membuka radio di dalam kereta. Akan tetapi bukan semua penumpang suka muzik yang bising dengan nada bunyi yang kuat.
Sentiasa pasang radio dengan nada yang sesuai, ini kerana kadang kala penumpang perlu menjawab panggilan telefon ketika di perjalanan. Nada suara radio yang kuat akan menyebabkan penumpang sukar mendengar dan menjawab panggilan telefon.