Insentif tidak layak untuk tempahan menerusi "My Destination"

Pemandu tidak layak mendapat insentif bagi tempahan menerusi "My Destination"


Bagi pemandu yang telah lama berkhidmat untuk Grab, saya yakin ciri "My Destination" adalah biasa digunakan oleh mereka setiap hari.

Ciri ini sesuai bagi pemandu yang tidak ingin pergi lokasi yang makin jauh, mereka ingin menerima tempahan yang sama arah destinasi dengan mereka. Akan tetapi ciri ini hanya boleh digunakan oleh setiap pemandu sebanyak 2 kali sahaja dalam sehari.

Pada mulanya insentif masih boleh didapati menerusi tempahan yang menggunakan ciri ini. Satu hari paling banyak pun 2 kali saja boleh dapat insentif tersebut (sekiranya pada waktu yang layak). Sejak kebelakangan ini, Grab telah menarik balik insentif ini, maknanya insentif adalah tidak layak bagi tempahan menerusi ciri "My Destination" ini.

Tidak kira tempahan tersebut pada waktu yang tertentu mengikut jadual Times Booster, sama ada layak atau tidak menerima insentif. Penarikan insentif ciri ini sedikit sebanyak mengurangkan pendapatan pemandu grab yang sedia ada.

Selain daripada itu, pemandu juga tidak akan menerima tempahan dari penumpang yang ingin menuju ke KLIA menerusi ciri ini.