Langkah-langkah untuk mengambil lesen PSV e-hailing

Langkah-langkah untuk mengambil lesen PSV e-hailing

Untuk pengetahuan semua pemandu Grab, adalah dinasihati supaya mematuhi peraturan e-hailing baru yang akan berkuatkuasa mulai 12hb Julai 2019. Anda harus mendapatkan lesen PSV terlebih dahulu, lesen EVP akan dikeluarkan oleh JPJ kepada setiap pemandu e-hailing yang telah selesai proses pendaftaran.

Adakah sukar untuk mengendalikan proses peraturan ini dan kebebanan tentang kos-kos yang terlibat dengan proses pengendalian ini.

Ramai yang tertanya-tanya di mana kah harus bermula dahulu. Di sini kami akan memberi sedikit maklumat dan cara-cara untuk bermula untuk mendapatkan lesen PSV bagi pemandu e-hailing.


Ambil sedikit masa untuk melengkapkan traning online, iaitu latihan kursus secara online melalui Grab Academy. Ia akan dihantarkan kepada setiap pemandu Grab menerusi applikasi Grab di 'Notifikasi'.

Sekiranya anda belum menghadiri kursus di mana-mana sekolah memandu, anda boleh mendapatkan latihan menerusi Grab Academy yang disediakan. Setelah anda menghabiskan proses latihan Grab Academy itu, anda boleh menempah slot exam dengan pihak Grab atau mana-mana sekolah memandu.

Langkah 1

Pemeriksaan kesihatan / Medical Check-up
Untuk memudahkan semua rakan pemandu Grab memenuhi keperluan peraturan e-hailing yang terbaru ini, anda boleh dapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Bagaimana caranya?

Kunjungi klinik panel Grab yang terpilih untuk mendapatkan pemeriksaan kesihatan / medical check-up. Pemeriksaan butir-butir seperti pemeriksaan urine, mata (pakai spec mata jika diperlukan),telinga, fizikal tangan dan kaki, jantung serta pemeriksaan keberatan.

Anda akan diberikan borang JPJL8A ketika di dalam klinik tersebut. Lengkapkan borang dan membuat pemeriksaan kesihatan. Dapatkan resit dan laporan pemeriksaan itu. Ambil gambar resit dan laporan itu, hantar kepada https://grb.to/pakejpikul.


Langkah 2

Luangkan sedikit masa untuk membuat pemeriksaan kereta anda di Puspakom yang berdekatan. Bawa laporan JPJL8A itu sekali semasa membuat pendaftaran di PUSPAKOM.

Pastikan anda mempunyai geren kereta (Car Grant), sekarang dikenali sebagai VOC ( Vehicle Ownership Certificate). Jika tidak, anda boleh mendapati segera di pejabat JPJ berdekatan, atau UTC yang mempunyai mesin kiosk. Bayaran sebanyak RM50 akan dikenakan untuk mencetak VOC tersebut.

Pastikan anda membuat segala penyelenggaraan dan servis kereta anda dengan baik.

Kereta dalam keadaan bagus dan berfungsi, seperti contoh:
-lampu depan dan belakang tidak pecah atau retak
-cermin retak tidak lebih daripada 6 inci
-bacaan ketelusan cahaya cermin menepati piawaian
-lampu signal dan lampu brek berfungsi
-alignment dan balancing tayar
-size tayar asal dan masih bercorak
-minyak enjin dan transmisi telah ditukar
-badan kereta tidak kemek dan karat
-warna kereta tidak lebih drpd 2 warna dan tidak berbelang-belang
-bumper depan dan belakang tidak kemek, pecah atau tercabut keluar

Pastikan pemadam api (size kecil) dan kotak first aid kit disediakan, kereta dalam keadaan bersih, kemudian book slot untuk pemeriksaan Puspakom.

Setelah selesai membuat pemeriksaan Puspakom, simpan Laporan Pemeriksaan Kenderaan dan Perakuan Pemeriksaan Puspakom untuk membuat claim RM70 daripada Grab. Ambilkan gambar dan hantar kepada
https://grb.to/pakejpikul


Langkah 3

Tunggu pengesahan daripada Grab dan book slot dengan Grab untuk menduduki exam.