Amaran APAD terhadap pemandu e-hailing haram
Tahukah anda berapa banyak syarikat pengendalian e-hailing di Malaysia? Terdapat terlalu banyak syarikat pengendalian e-hailing di negara kita, termasuk yang telah berdaftar dan tidak berdaftar dengan APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat).
Terdapat lebih daripada 40 syarikat pengendalian e-hailing dan p-hailing yang telah berdaftar di bawah APAD di Malaysia. Manakala yang tidak berdaftar pula masih berleluasa di luar kawalan APAD.
Seperti InDriver yang menjadi isu hangat beberapa bulan yang lepas masih tidak dapat diselesaikan. Ramai pemandu telah ditahan bersama kenderaan mereka selepas dicekup oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana ia dianggap sebagai kereta sapu.
Mengikut wikipedia InDriver, ia adalah haram dan menyalahi undang-undang di Malaysia. Seperti mana disiarkan di surat khabar atau sosial media tempatan baru-baru ini.
Kegiatan haram pengambilan penumpang oleh pemandu InDriver itu telah beroperasi selama setahun di bandar-bandar seperti Penang, Lembah Klang serta Johor Bahru. Dan masih berkembang ke negeri-negeri lain seperti Sabah, Sarawak, Melaka, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perak.
Menurut Persatuan Pemandu e-Hailing Malaysia (MeHDA), sesiapa yang menggunakan aplikasi InDriver tersebut sama ada pemandu mahupun pengguna, ia adalah salah di sisi undang-undang. Lagipun tiada jaminan insuran bagi kedua-dua pihak sekiranya berlaku kemalangan.
Pemandu InDriver tidak perlu memperolehi lesen PSV dan permit EVP untuk memulakan kerja sebagai rakan pemandu InDriver. Mereka cuma perlu memuat turun aplikasi InDriver dan berdaftar diri sebagai pemandu, seterusnya boleh mengambil tempahan daripada pelanggan.
InDriver menyediakan harga tawar-menawar
Aplikasi InDriver dapat memberi pengguna untuk meminta satu harga yang sesuai dengan diri mereka. Sebaliknya pemandu juga boleh mengambil tempahan mengikut harga yang ditawarkan oleh penumpang.
InDriver juga merupakan salah satu aplikasi e-hailing yang terkenal dan mendapat kedudukan ke-2 di pasaran e-hailing antarabangsa. Di mana ia mendahului satu kedudukan teratas daripada Grab dalam jumlah muat turun aplikasi.
InDriver beroperasi di 31 negara, lebih daripada 300 bandar utama boleh mengesan jejak InDriver termasuk Asia, Selatan Amerika, Afrika, Timur Tengah serta Asia Tenggara.
Salah satu faktor menyebabkan InDriver mendapat sambutan yang hangat adalah dasar harga tambang yang boleh membuat tawar-menawar antara pemandu dengan penumpang.
Namun demikian ia masih tidak diiktiraf sah di negara kita disebabkan tiada Lesen Perniagaan Perantaraan (LPP) di mana ia diperlukan oleh semua syarikat pengendalian e-hailing di Malaysia.
MeHDA menasihati pemandu jangan mengambil jalan mudah bagi mengelakkan pelbagai peraturan ketat yang dikenakan terhadap rakan pemandu e-hailing yang lain. Tindakan saman akan dikenakan tidak mengira sama ada pemandu ataupun pengguna.
0 Comments