Kenapa pengawal mengambil butiran Pemandu Grab sahaja dan bukan Penumpang Grab



Kenapa pengawal mengambil butiran Pemandu Grab sahaja dan bukan Penumpang Grab


Ketika pemandu ingin memasuki perumahan untuk mengambil penumpang, maka adalah wajib pengawal keselamatan mengambil butiran tentang pemandu Grab.

Tetapi semasa pemandu Grab sedang membawa penumpang ingin memasuki sesuatu kawasan perumahan, kenapa pengawal keselamatan itu cuma mengambil butiran pemandu sahaja dan tanpa mengambil tahu tentang butiran penumpang?

Adakah cara betul pengawal keselamatan membuat tugas dengan teliti dan selamat? Adakah pengawal tersebut pasti yang penumpang yang ingin masuk ke dalam kawasan perumahan itu adalah penduduk sana?

Pengawal keselamatan sepatutnya mengambil butiran mengenai identiti penumpang itu sama ada dia pelawat atau penduduk di kawasan itu. Dan tidak perlu sama sekali meminta butiran pemandu jika penumpang sedang berada di dalam kereta juga.

Penumpang mengambil kesempatan Grabcar membuat jenayah

Dari segi keselamatan, sekiranya penumpang itu membuat sesuatu yang jahat seperti membunuh, merompak, dan sebagainya terhadap penduduk kawasan tersebut atau yang memang penumpang itu ingin mencari. Setelah kejadian yang tidak diingini berlaku, dia akan memanggil Grab yang lain memasuki tempat yang sama supaya mengambil dia beredar daripada tempat kejadian itu.

Penumpang mengambil kesempatan dan kelonggaran keselamatan di pondok pengawal ini untuk membuat kejahatan. CCTV cuma merakam muka pemandu ketika ingin mendaftar di pondok dan tidak merakam penumpang di belakang secara jelas. Identiti penumpang langsung tidak dikenali dan tidak dicatitkan di pondok.

Selama ini pengawal keselamatan fikir mereka sedang menjalankan tugas dengan ketat dan efisen, tapi sebenarnya bukan begitu. Mereka cuma akan menyusahkan pemandu Grab dengan menahan kad identiti, menanya bermacam macam soalan yang tidak berkenaan dan membuang masa pemandu Grab.

Seperti yang diketahui, kebanyakan pengawal keselamatan adalah berbangsa Nepal atau Bangladesh. Mereka cuma menerima arahan daripada pihak pengurusan atau pihak syarikat keselamatan itu. Dengan itu, adalah tidak bijaksana pemikiran orang tempatan yang menduduki tempat tersebut dan sebagai ketua serta majikan kepada pengawal tersebut tidak memikirkan keselamatan dari aspek ini.

Baca juga : lesen memandu pemandu Grab disimpan di pondok

Sebagai warga tempatan sepatutnya memahami budaya dan keselamatan tempatan dengan mengajar warga asing untuk menjalankan tugas dengan lebih teliti. Jangan fikir bahawa mereka adalah 'raja' di kawasan itu dengan memarahi pemandu Grab dengan bahasa kasar dan kurang ajar.

Bertunjuk lagak sebagai ketua di pondok cakap bahawa kawasan itu adalah di bawah penjagaan dia dan semua orang yang ingin masuk ke premis itu mesti mengikuti 'undang undang' dia. Tapi adakah mengambil butiran setiap orang yang masuk ke dalam termasuk penumpang sekali?