Go-Jek tidak akan memasuki Malaysia

Go-Jek tidak akan memasuki Malaysia


Menurut sumber daripada Jabatan Pengangkutan, pelan perkembangan aplikasi e-hailing Go-Jek untuk memasuki ke Malaysia telah ditentang oleh menteri pengangkutan Malaysia, Anthony Loke.

Go-Jek adalah sebuah aplikasi e-hailing yang sama dengan Grab. Cuma ia lebih mengutamakan e-hailing berbentuk motosikal. Ia berasal daripada negara jiran kita iaitu Indonesia. Kini rangkaian Go-Jek telah merangkumi hampir seluruh Indonesia, dan ingin berkembang ke negara jirannya seperti Singapura, Vietnam, Thailand, Malaysia dan Phillipines.

Akan tetapi keinginan Go-Jek untuk masuk ke Malaysia telah mendapat tentangan. Namun ia tidak menghalang pelan perkembangan Go-Jek di Singapura, Vietnam dan Thailand, semua proses dijalankan dengan lancar.

Kini servis Go-Jek merangkumi bukan setakat e-hailing, tapi termasuk e-food, e-parcel, e-wallet dan e-billing. Selain daripada itu, pelbagai perkhidmatan telah disediakan ke kediaman anda seperti massage, membeli alat perubatan, pembantu rumah, penyelenggaraan otomotif serta perkhidmatan penyolekan kecantikan.

Pada dasar, keutamaan servis Go-Jek adalah menyediakan Go-Car, Go-Ride dan Go-Send. Rangkaian perkhidmatan Go-Jek adalah lebih luas berbanding syarikat e-hailing yang sama dengannya iaitu Grab.

Pesaingan yang sihat patut diwujudkan di industri e-hailing yang masih baru di rantau asia tenggara. Ini kerana pengguna akan mendapat perkhidmatan yang lebih baik serta promosi disediakan oleh syarikat e-hailing masing-masing.

Pengguna juga boleh membuat pilihan dalam industri e-hailing yang pelbagai. Industri e-hailing juga mampu mengurangkan kesesakan lalulintas disamping bersama memajukan segala urusan @ kemudahan dihujung jari.

You may post your comments to us at :
-grabdriverforum@gmail.com
-Facebook.com/grabforum