Program tampal sticker dan dapatkan Rm100 Lalamove

Program tampal sticker dan dapatkan Rm100 Lalamove


Ingin mendapat RM100 setiap bulan?

Sekiranya anda adalah seorang rakan penghantar kereta (Lalamove Car), dan ingin menambah pendapatan sampingan. Inilah peluang untuk anda sekarang.

Dengan syarat-syarat tertentu, seperti permukaan sisi pintu kereta tiada kecalaran atau kemek. Bumper belakang mesti dalam keadaan elok. Ini kerana sticker iklan Lalamove tersebut akan ditampal di luar kedua-dua pintu kereta dan bumper belakang.

Tunggu apa lagi? Segera menghubungi nombor telefon seperti tertera di dalam gambar di atas.

Jika anda telah mendaftar sebagai penunggang motosikal (Lalamove Motorcycle), dan ingin menukar kepada pemandu (Lalamove Car). Jangan risau, anda boleh menukar jenis kenderaan untuk membuat penghantaran Lalamove seperti contoh motosikal kepada kereta atau sebaliknya.

Sebagai rakan penghantar Lalamove, anda boleh menukar jenis kenderaan anda. Akan tetapi anda hanya boleh menukar kenderaan anda sekali setiap 2 bulan dan tidak dibenarkan menukar beberapa kali.

Bagi rakan penghantar yang telah berdaftar, sila klik di sini untuk menukar kenderaan anda supaya boleh menyertai program penampal sticker Lalamove ini.

Anda boleh mendaftar sebagai rakan penghantar kereta, motorsikal, van atau lori. Jika anda belum berdaftar lagi dan ingin menyertai kami sebagai rakan penghantar Lalamove, sila klik di sini.

Post a Comment

1 Comments