10 e-hailing antarabangsa paling popular tahun 2020
Setelah Grab mengambil-alih Uber di seluruh Asia Tenggara pada tahun 2018, maka boleh dikatakan seluruh Asia Tenggara adalah di dalam genggaman Grab. Secara amnya, Grab merupakan peneraju utama e-hailing di rantau tersebut.
Namun ia tidak tepat dikatakan sebagai Uber gagal mendapat sambutan di rantau ini. Akan tetapi Uber menandatangani persetujuan bahawa Uber hanya memerlukan sebahagian saham dalam Grab. Oleh itu Uber keluar dari pasaran Asia Tenggara dengan tujuan bergabung perniagaannya dengan Grab.
Namun tahukah anda syarikat manakah menjadi peneraju e-hailing di antarabangsa?
Uber masih peneraju e-hailing di antarabangsa
Ya, anda lihat tidak salah. Uber masih menjadi peneraju bagi industri e-hailing di antarabangsa walaupun Uber tidak lagi menyediakan perkhidmatannya di negara kita.
In kerana Uber mementingkan kawasan kekuatannya seperti di negaranya sendiri iaitu Amerika Syarikat. Selain itu negara-negara latin Amerika Selatan juga merupakan kawasan kuat bagi Uber terutamanya Brazil.
Sejak Uber ditubuhkan pada tahun 2009 di San Francisco, Amerika Syarikat, aplikasi Uber telah dimuat turun oleh para pengguna di 785 bandar utama seluruh dunia. Menurut statistic yang diberikan, terdapat sebanyak 11.6 million pengguna aktif telah memuat turun dan menggunakan aplikasi Uber setakat Februari 2020.
Grab berada di kedudukan ke-Dua di antarabangsa pada bulan Januari 2020, tidak hairan bahawa Grab telah membuat usaha yang terbaik. Sebanyak 3.9 million pengguna aktif telah memuat turun aplikasi Grab setakat Januari 2020.
InDriver berada di kedudukan ketiga pada Januari 2020. Akan tetapi kedudukan Grab telah dijatuhkan oleh InDriver pada bulan Februari 2020. (Lihat carta atas)
InDriver telah memanjat Grab menjadikannya berada di kedudukan ke-Dua di antarabangsa. Ia adalah 3 kali ganda jumlah muat turun berbanding Februari 2019 tahun lepas.
Konsep InDriver memberi peluang untuk penumpang supaya tawar-menawar harga tambang yang paling sesuai untuk kedua-dua pihak.
Syarikat e-hailing terbesar di China iaitu DiDi berada di kedudukan ke-Empat, Ola daripada India berada di kedudukan ke-Lima. Seterusnya 99 (Brazil) dan Lyft (Amerika Syarikat) berada di kedudukan ke-Enam dan ke-Tujuh.
Uber telah keluar pasaran China pada September 2016. Ia adalah sama seperti mana berlaku di Malaysia (2018) dan Rusia (2020), Uber cuma hanya perlu memiliki sebahagian saham dalam syarikat-syarikat e-hailing tersebut.
Kedudukan ke-Lapan iaitu Beat dari negara Greece, kebanyakannya beroperasi di negara-negara Latin Amerika Selatan dan Eropah.
Diikuti Yandex di kedudukan ke-Sembilan, dari negara Rusia dimana ia juga bergabung dengan Uber pada tahun 2020. Ini bermakna Uber akan berundur dari Rusia. Kedua-dua Yandex dan InDriver juga berasas dari Rusia, tetapi konsep perniagaan InDriver adalah berbeza.
Yang ke-Sepuluh adalah BlaBlaCar dari Perancis. BlaBlaCar merupakan konsep e-hailing perkongsian kereta kepada sesiapa yang ingin menuju ke destinasi yang sama dengan pemandu. Pemandu akan memaparkan destinasi yang dia ingin pergi, penumpang cuma perlu bersetuju supaya boleh naik bersama-sama menuju ke destinasi pemandu itu.
Ia boleh mengambil sehingga beberapa orang penumpang sepanjang perjalanan pemandu itu menuju ke destinasinya. Kebanyakan tempahan bagi BlaBlaCar adalah perjalanan jauh. Ia mendapat sambutan baik di negara-negara Latin Amerika Selatan dan Eropah.
0 Comments