Penghantar makanan melutut merayu polis jangan dikenakan saman
Kejadian yang berlaku di Taiwan baru-baru ini telah menarik perhatian netizen tentang penghantar makanan tersebut meminta belas kasihan daripada seorang polis selama 30 minit supaya melepaskannya pergi.
Menurut laporan, penghantar makanan itu telah melanggar peraturan jalan raya iaitu membuang sampah di tepi jalan sesuka hati. Namun ia dapat dikesan oleh seorang polis yang berada di belakangnya dan menahannya dengan segera.
Walaupun surat saman telah dikeluarkan, penghantar makanan tersebut masih melutut terhadap polis wanita itu dan merayu supaya melepaskannya pergi. Dalam pada itu polis juga terkejut dan tidak dapat berbuat apa-apa sehingga seorang orang awam menghulurkan bantuan untuk membayar saman bagi penghantar makanan tersebut.
Lelaki orang awam yang mulia itu dikatakan bahawa telah mengeluarkan sebanyak 1000 yuan (lebih kurang RM140) dan menasihati penghantar makanan itu agar jangan melutut lagi.
Di samping itu, lelaki orang awam memesan penghantar makanan itu supaya sentiasa mengikuti peraturan jalan raya. Dia juga berkata jikalau 1000 yuan tu boleh menyelesaikan masalah bagi kedua-dua pihak, dia tidak keberatan membuat amal sekali sekala.
Walau bagaimanapun disebabkan kejadian itu, penghantar makanan itu telah lewat selama 30 minit untuk menghabiskan penghantarannya. Dengan bantuan daripada lelaki orang awam tersebut, maka ia dapat menjimatkan masa bagi kedua-dua pihak dan dapat menyambung tugasan masing-masing dengan sempurna.
Lelaki orang awam itu dipercayai adalah seorang agen hartanah. Kebetulan dia telah menyelesaikan urusan kerjanya dan melalui tempat kejadian itu. Namun dia tidak ingin memperkenalkan dirinya dan tidak menerima sebarang pertanyaan wawancara.
Kesimpulannya, berbuat baik tanpa mengharap balasan dunia kerana InSyaAllah kita akan mendapat balasan yang lebih baik di Akhirat nanti.
0 Comments