Perkhidmatan Grab akan "memasuki" bandar-bandar kecil
Menurut Ketua Bahagian Kerajaan dan Hal Ehwal Awam Grab Malaysia Ebi Azly Abdullah, bandar-bandar kecil tersebut tidak diliputi dalam rangkaian perkhidmatan 'Gergasi Hijau' itu sebelum ini. Malah langkah inisiatif ini bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak peluang untuk komuniti tempatan menjana pendapatan dan memperkasakan sektor ekonomi digital negara.
Dalam pada itu, Ebi Azly berkata bahawa komitmen dan usaha Grab bagi memastikan tiada yang ketinggalan dalam ekonomi digital terutama masyarakat luar bandar.
Sebahagian bandar-bandar yang disebut tadi akan dijangka mula beroperasi akhir September ini seperti Mersing dan Segamat.
Dengan pengenalan perkhidmatan Grab di luar bandar, ia akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan sama ada part-time atau full-time menerusi rantaian ekosistem perkhidmatan termasuk dalam industri pengangkutan, penghantaran, kedai makanan, kedai serbaneka serta pasaraya.
Secara amnya, aktiviti ekonomi di sekitar kawasan tersebut akan terus berkembang maju. Grab berusaha memainkan peranan penting dalam meningkatkan ekonomi negara terutamanya dalam sektor ekonomi digital.
Ia juga akan memanfaatkan para peniaga dan usahawan di bandar-bandar tersebut supaya lebih ramai pengguna Grab dari bandar-bandar lain dapat mengunjungi premis mereka dengan mudah. Kegunaan penghantaran makanan akan memberi keselesaan dan kemudahan terhadap pengguna, malahan juga akan menambah pendapatan bagi peniaga.
Dengan teknologi dompet digital, para pengguna di bandar-bandar tersebut dapat membeli barangan keperluan, penghantaran makanan, penghantaran dokumen dan membeli belah menerusi aplikasi Grab tanpa menggunakan tunai. Diikuti peluang perniagaan dan pendapatan peniaga pun akan semakin meningkat menuju trend ekonomi digital ini.
1 Comments
That's interesting, you have done a great job. Thanks for sharing.
ReplyDeletendt inspection malaysia