Kemudahan Grab Driver Pit Stops yang mengelirukan

Kemudahan Grab Driver Pit Stops yang mengelirukan

Restoran Hababil Batu Caves, kawasan industri Sri Batu Caves

Selama menjadi pemandu Grab, tidak pernah sekali pun menjejak masuk Grab Driver Pit Stops yang disenaraikan Grab. Grab Driver Pit Stops pada asalnya terdiri daripada stesen minyak Petronas sahaja.

Kini ia merangkumi restoran dan cafe yang senang dikesan oleh para pemandu Grab di setiap negeri masing-masing. Walaupun papan tanda Grab Driver pit stop tersebut telah menyatakan bahawa akan menyediakan kopi / teh tarik secara percuma kepada pemandu Grab, namun terdapat setengah tuan kedai yang mempunyai papan tanda itu mengelirukan kami.

Kejadian berlaku pada hari Ahad, 30hb Jun 2019. Setelah penat membawa kereta untuk mengambil dan menurun penumpang Grab. Kebetulan lalu area Batu Caves, jadi ingin mencari kedai makan sambil berehat, tiba-tiba ternampak pelekat Grab Driver Pit Stops terletak di luar restoran Hababil Batu Caves.


Pada papan tanda itu, tunjuk bahawa Free nescafe / teh tarik disediakan dengan syarat menunjukkan aplikasi Grab pemandu kepada tuan kedai. Dalam keadaan yang masih kepenatan, saya segera turun dari kereta dan terus membuat pesanan makanan, tetapi amat mengecewakan saya sebab pekerja kedai makan Hababil memberi bermacam-macam alasan. Sekejap cakap habis nescafe, sekejap cakap besok baru ada, sekejap cakap tidak tahu dan tidak pernah melihat minuman tersebut.

Ia amat mengelirukan para pemandu Grab tentang kemudahan yang disediakan oleh Grab. Tambahan pula Grab tidak memberi informasi yang jelas terhadap perkara ini, info yang tepat perlu disampaikan kepada pemandu Grab atau tuan kedai. Sekiranya restoran Hababil ini tidak layak lagi dijadikan sebagai salah satu daripada Driver Pit Stops, maka papan tanda Grab Driver Pit Stops itu tidak harus lagi diletakkan di luar restoran Hababil tersebut.

Ini tidak melibatkan berapa banyak manfaat yang pemandu dapati, bukan tak mampu nak bayar nescafe itu. Tapi di dalam situasi tersebut, ia agak mengelirukan dan mengecewakan para pemandu terutamanya ketika pemandu berada dalam keadaan kepenatan.