Panel Insurans untuk pemandu Grab
Dipetik daripada laman web Grab
Mulai 12hb Julai 2019, Grab telah melancarkan Insurans E-hailing Harian Grab yang baru terhadap rakan pemandunya. Sebagai salah satu daripada usaha untuk mengurangkan beban pemandu Grab, sekiranya terjadi sebarang kemalangan. Produk inovatif khas ini cuma bermula dari RM1 hingga RM2 setiap hari.
Untuk memastikan pemandu Grab sentiasa dilindungi selama 24 jam, pemandu Grab hanya perlu membayar insurans harian apabila aplikasi pemandu Grab telah dibuka dan memandu secara online sahaja. Perlindungan ini sah dalam 24 jam mulai daripada waktu aplikasi pemandu Grab dibuka online, ia akan melindungi pemandu sama ada masih online ataupun offline dalam seharian itu. Seperti contoh, pemandu grab membuka aplikasi pemandu Grab dan mula mengambil penumpang pukul 10.18am, maka perlindungan insurans harian tersebut akan tamat pada keesokan harinya pukul 10.17am. Penolakan sebanyak RM1.70 (berdasarkan jenis kereta masing-masing) akan ditolak menerusi Credit Wallet pada keesokannya itu.
Insurans baru yang inovatif dan fleksibel ini sesuai dengan keperluan pemandu Grab, ini kerana ia tidak berasa beban bagi pemandu Grab dan tidak perlu membeli insurans e-hailing secara tahunan.
Dengan kerjasama syarikat-syarikat insurans terpilih, sekiranya pemandu Grab mengalami kemalangan dan tidak tahu cara-cara untuk membuat tebusan (claim), sila hubungi pembekal insurans seperti di bawah.
Insurans baru yang inovatif dan fleksibel ini sesuai dengan keperluan pemandu Grab, ini kerana ia tidak berasa beban bagi pemandu Grab dan tidak perlu membeli insurans e-hailing secara tahunan.
Dengan kerjasama syarikat-syarikat insurans terpilih, sekiranya pemandu Grab mengalami kemalangan dan tidak tahu cara-cara untuk membuat tebusan (claim), sila hubungi pembekal insurans seperti di bawah.
- Etiqa General Insurance Berhad (1-300-88-1007)
- Etiqa General Takaful Berhad (1-300-13-1007)
- Allianz General Insurance Company (1-300-22-5542)
- AmAssurance / Kurnia Insurance (1-800-88-3833)
- MSIG Insurance (Malaysia) Bhd (1-300-880-833)
- Liberty Insurance Berhad (1-300-888-990)
- Zurich General Insurance Malaysia Berhad (1-300-888-622)
- Zurich Takaful Malaysia Berhad (1-300-888-622)
- Tokio Marine Insurance (Malaysia) Bhd (1-800-88-0812 / 1301)
- AXA Affin General Insurance Company ( Malaysia) Berhad (1-300-88-1616 or +603-2170 8282)
- Berjaya Sompo Insurance Berhad (1-800-88-9933)
- Chubb Insurance Malaysia Berhad (1-300-88-0128)
- RHB Insurance Berhad (1-300-22-0007 or +603-2180 3000)
- MPI General Insurance Berhad (+603-2034 9888)
- Pacific Insurance Berhad (1-800-88-1629)
- QBE Insurance (Malaysia) Berhad (+603-7873 7430)
- Great Eastern General Insurance (Malaysia) Berhad (1-300-22-1188)
- Lonpac Insurance Berhad (+603-2262 8688 or +603-2723 7888)