Aplikasi e-hailing MyCar SuperApps yang baru

Aplikasi e-hailing MyCar SuperApp yang baru

(Logo aplikasi MyCar SuperApp yang baru)

Pengguna atau penumpang e-hailing adalah dinasihatkan supaya memuat turun aplikasi MyCar yang baru menggantikan aplikasi MyCar yang lama.

Menurut pengasas MyCar, Mohd Noah Maideen berkata bahawa aplikasi lama MyCar telah dinaik taraf kepada aplikasi baru iaitu MyCar SuperApp. Maka aplikasi yang lama tidak boleh digunapakai sama sekali.

Dalam pada itu, pengguna MyCar dinasihati supaya menyahpasang atau membuang aplikasi yang lama itu supaya aplikasi MyCar SuperApp boleh berfungsi dengan baik. Ini adalah kerana ramai pengguna mengadu bahawa tidak boleh membuat tempahan.

(Logo aplikasi MyCar yang lama)

Selain itu, dengan aplikasi MyCar SuperApp yang baru itu juga akan membantu rakan pemandunya mendapat tempahan dari penumpang dengan mudah. Secara amnya ia akan memudahkan kedua-dua pihak dengan perkhidmatan itu.

Pihak MyCar akan memberi masa untuk pengguna supaya memuat turun aplikasi baru itu. Sementara itu, tiada penolakan komisen iaitu 12% terhadap rakan pemandunya bagi semua tempahan yang diterima. Tawaran itu akan berterusan sehingga hujung bulan September ini.

MyCar merupakan salah satu perkhidmatan e-hailing yang terbesar selepas Grab dengan sebanyak 20,000 rakan pemandu yang berdaftar dan lebih daripada tiga juta pengguna.


Pihak MyCar memperkenalkan aplikasi baru itu  supaya pengguna dapat menikmati segala perkhidmatan yang diperlukan cuma dalam satu aplikasi sahaja. Ia merangkumi perkhidmatan bukan setakat e-haling, malah termasuk juga penghantaran makanan (MyCar Eats), penghantaran bungkusan (MyCar Delivery) serta membeli-belah (MyCar Shop) secara atas talian (online shopping).

Ia adalah satu aplikasi yang mempunyai pelbagai penggunaan seperti mana yang terdapat dalam aplikasi Grab. Selain itu, ia juga dikemas kini dan dapat memperbaiki isu padanan yang lebih baik antara penumpang dan pemandu.

Post a Comment

0 Comments