Senarai terbaru Grab Driver Pit Stops di seluruh negara

Grab Driver Pit Stops - senarai terbaru


(Dikemaskini September 2020)
Terdapat ramai pemandu Grab yang masih bertanya-tanya tentang apa itu Grab Driver Pit Stop? Ramai antara kita sebagai pemandu Grab tidak pernah menggunakan perkhidmatan tersebut.

Sebenarnya ia adalah salah satu perkhidmatan yang disediakan khas untuk para pemandu Grab untuk mendapat tempat berehat. Ada yang terdiri daripada stesen minyak Petronas (kedai Mesra), ada yang merupakan restoran makan atau cafe. Di samping itu, pemandu GrabCar atau penunggang GrabFood boleh mendapat minuman secara PERCUMA dengan syarat-syarat yang tertentu.

Stesen minyak Petronas akan memberi kopi atau mineral water secara percuma dengan syarat mengisi petrol sebanyak  RM50 dan ke atas, pemandu Grab perlu menunjukkan profil pemandu dalam aplikasi terhadap kaunter.

Namun pit stop yang berada di Petronas telah diberhentikan seketika sehingga pengumuman baru daripada pihak yang tertentu.

Manakala bagi restoran atau cafe yang telah ditentukan oleh Grab akan memberi air Nescafe / Teh Tarik secara PERCUMA kepada pemandu GrabCar dan penunggang GrabFood. Syaratnya adalah serupa juga, pemandu perlu menunjukkan aplikasi pemandu Grab terhadap kaunter.

Jika anda ingin menebus minuman PERCUMA itu, sila ikuti langkah-langkah seperti yang ditunjukkan berikut :

1. Log masuk aplikasi Grab anda, tekan butang 'Account' di bahagian bawah dan masuk ke dalam 'GrabBenefits'.

2. Cari 'Grab Driver Pit Stop' di bahagian 'Food'.

3. Tekan 'Save This Benefit'.

4. Ia akan disimpan sebagai voucher di bahagian 'Saved' di sebelah tab 'My Benefits'. Jika anda ingin menggunakannya pada masa akan datang, cuma perlu mencari ia di bahagian 'Saved'.

5. Jika anda ingin menggunakannya sekarang juga, sila tekan 'Use Now' dan skrin nombor kod akan dipaparkan.

6. Tunjukkan kepada pemilik restoran untuk mereka memasukkan 4 digit kod yang ditetapkan.
7. Setelah selesai, tekan butang 'Comfirm' dan nikmati minuman Nescafe / Teh Tarik anda.

Sila tekan pit stops di mana anda berada di seluruh negara, senarai ini telah dikemaskini oleh Grab pada 1hb Ogos 2020.

1. Kuala Lumpur / Selangor

2. Penang / Perak / Kedah / Perlis

3. N.Sembilan / Melaka / Johor

4. Kelantan / Terengganu / Pahang

5. Sabah / Sarawak