Cara mudah menambah nilai kredit pemandu Grab di 7-Eleven

Tambahan nilai kredit pemandu Grab di 7-Eleven



Setiap tempahan Grab yang telah diselesaikan oleh pemandu, maka ia akan ditolak komisen sebanyak 20% daripada harga tambang tersebut. Bagi pemandu baru, ia akan ditolak sebanyak 25% daripada harga tambang. Komisen tersebut akan ditolak menerusi Dompet Kredit (Credit Wallet) dalam aplikasi pemandu Grab.

Anda perlu sentiasa berjaga-jaga tentang baki tertinggal di dalam Dompet Kredit (Credit Wallet) supaya dapat mengambil tempahan Grab secara berterusan. Ini kerana untuk terus menerima tempahan Grab, minima Dompet Kredit (Credit Wallet) diperlukan oleh setiap pemandu adalah RM10.

Terdapat banyak cara anda boleh menambah nilai Dompet Kredit (Credit Wallet). Antaranya anda boleh membeli top-up kod pemandu Grab di stesen minyak Shell, Petronas, kedai serbaneka KK supermart dan kedai-kedai yang mempunyai servis e-pay untuk membuat bayaran top-up.

Kini satu lagi cara termudah bagi pemandu Grab menambah nilai Dompet Kredit (Credit Wallet) iaitu membeli top-up kod di kedai serbaneka 7-Eleven seluruh negara.

Cara-cara top-up melalui 7-Eleven adalah seperti berikut :

1. Beli jumlah kredit yang diperlukan di kaunter 7-Eleven, contohnya RM10, RM20 atau RM50. Satu resit berserta dengan pin kod 16 digit akan diberikan kepada anda.

2. Buka aplikasi pemandu Grab dan pilih 'Dompet (Wallet)'

3. Pilih 'Dompet Kredit (Credit Wallet), baki kredit akan ditunjukkan pada skrin.

4. Pilih 'Tambah nilai dengan PIN (Top up with PIN)'

5. Masukkan 16 digit PIN kod dan tekan 'Sah (Comfirm)'