Pembayaran GrabPay sahaja pada waktu 2am hingga 6am bagi Grabcar

Pembayaran GrabPay sahaja pada waktu 2am hingga 6am bagi Grabcar


Pengumuman yang baru diterima daripada pihak Grab bahawa tempahan tanpa tunai antara waktu subuh iaitu 2am hingga 6am.

Ini bermakna penumpang yang membuat tempahan secara tunai tidak akan mendapat perkhidmatan GrabCar di waktu tersebut. Penumpang yang membuat pembayaran secara GrabPay sahaja iaitu pembayaran melalui kad Debit atau kad Kredit.

Perkhidmatan GrabPay ini telah lama diperkenalkan oleh Grab, tujuan utama adalah untuk mengurangkan kesulitan antara penumpang dan pemandu. Pemandu tidak perlu menyediakan duit baki ketika penumpang sampai ke destinasi mereka. Malah ia mudah dan selamat serta menjimat masa bagi kedua-dua pihak.

Untuk menjamin keselamatan kedua-dua pihak, maka ciri baru ini adalah digalakkan bagi tempahan GrabCar. Namun ciri terbaru ini hanya terhad pada waktu antara 2am hingga 6am dalam tempoh percubaan ini.

Sekiranya ia mendapat sambutan baik, ia akan dilanjutkan ke waktu lain, dan akan dijalankan secara berperingkat sehingga pembayaran tanpa tunai sepenuhnya (Full Cashless).

Untuk maklumat lanjut tentang GrabPay, sila rujuk di sini.