Pengeluaran Duit daripada Credit Wallet ke akaun bank anda

Pengeluaran Duit daripada Credit Wallet ke akaun bank anda


Ramai pemandu Grab masih ragu-ragu dan tertanya-tanya bila boleh mendapatkan duit dalam akaun bank setelah membuat "Cash Out" daripada Credit Wallet mereka.

Bagi mereka yang mempunyai akaun bank Maybank dan didaftarkan di dalam sistem Grab, proses untuk pengeluaran duit adalah lebih cepat dan mudah berbanding bank-bank tempatan yang lain.

Duit dalam Credit Wallet akan dipindahkan kepada akaun bank tersebut secara online setelah permintaan dibuat pada masa yang ditetapkan.

Sila merujuk jadual Cash Out seperti di bawah.

Maybank 
Waktu membuat Cash OutDuit masuk ke dalam akaun bank
Isnin hingga Ahad (setiap hari)
Cash out dibuat sebelum 3.15 pm Hari yang sama selepas 8pm
Cash out dibuat di antara 3.15pm - 5.45pm 
Cash out dibuat selepas 5.45pmHari yang kedua

Bank-bank lain
Waktu membuat Cash OutDuit masuk ke dalam akaun bank
Isnin hingga Jumaat
Cash out dibuat sebelum 3.15 pm  Hari yang sama selepas 8pm
Cash out dibuat di antara 3.15pm - 5.45pm Hari yang kedua
Cash out dibuat selepas 5.45pm
Sabtu dan Ahad
Cash out dibuat sebelum 3.15 pm Hari yang kedua
Cash out dibuat di antara 3.15pm - 5.45pm 
Cash out dibuat selepas 5.45pm