Soalan lazim Bantuan Prihatin Nasional bagi pemandu E-hailing

Soalan lazim Bantuan Prihatin Nasional bagi pemandu e-hailing


Bagaimanakah cara memohon insentif 
e-hailing ini ?
Dana akan dimasukkan oleh kerajaan kepada syarikat e-hailing. Pembayaran untuk pemandu yang layak akan dibuat oleh syarikat e-hailing masing-masing.

Apakah kelayakan untuk pemandu 
e-hailing menerima bantuan insentif ini ?
Hanya pemandu e-hailing sepenuh masa yang layak menerima insentif ini.

Apakah kelayakan sebagai pemandu 
e-hailing sepenuh masa ?
Pemandu mesti didaftarkan sebagai warganegara Malaysia dan memiliki lesen vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Kenderaan yang dipandu mesti mempunyai Permit Kenderaan e-hailing (eVP) di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Saya memiliki lesen PSV dan juga permit eVP, tetapi saya jarang menjana pendapatan menerusi e-hailing, adakah saya layak menerima insentif ini ?
Tidak. Pendapatan bulanan bayaran tambang kasar sekurang-kurangnya RM1200 berdasarkan jumlah kutipan tambang bulan November 2019, Disember 2019 atau Januari 2020.

Saya berdaftar dan memandu untuk dua syarikat e-hailing, adakah saya akan mendapat dua kali bayaran insentif ?
Tidak. Setiap pemandu yang layak hanya akan mendapat satu (1) kali bayaran insentif sahaja.

Bilakah pemandu e-hailing akan menerima insentif ini ?
Bantuan boleh diterima seawal-awalnya pada 20 April 2020. Pemandu e-hailing boleh menyemak status kelayakan dan menuntut bantuan dengan syarikat e-hailing masing-masing.

Adakah saya boleh menggunakan website Bantuan Prihatin untuk menyemak nama saya layak sebagai penerima RM500 pemandu e-hailing ?
Tidak. Bantuan insentif untuk pemandu e-hailing RM500 tidak disenaraikan di dalam website Bantuan Prihatin Rakyat.

Sekiranya saya pemandu teksi dan juga 
e-hailing, adakah saya akan mendapat insentif bagi kedua-dua kategori ?
Pemandu teksi hanya layak menerima satu (1) bantuan insentif teksi sebanyak RM600 sahaja dan TIDAK layak menerima bantuan insentif e-hailing.

Saya pemandu e-hailing secara part-time, adakah saya layak untuk mendapat bantuan insentif ini ?
Tidak. Walau bagaimana pun, semua pemandu e-hailing yang kekal aktif berdasarkan rekod daripada syarikat
e-hailing masing-masing layak mendapat bantuan insentif sebanyak RM500.

Jika saya seorang pemandu teksi dan 
e-hailing secara part-time, adakah saya layak mendapat bantuan insentif 
E-hailing ini ?
Tidak. Semua pemandu teksi yang kekal aktif berdasarkan Kad Pemandu yang aktif layak mendapat bantuan insentif sebanyak RM600 sahaja.

Adakah sebarang bantuan lain kepada pemandu E-hailing selain bantuan RM500 ini ?
Sila rujuk jadual kelayakan individu menerusi pakej Bantuan Prihatin Nasional.
Bantuan E-hailing hanya layak kepada pemandu sepenuh masa saja.

Saya berdaftar dan memandu untuk dua syarikat e-hailing, adakah saya akan mendapat dua kali bayaran insentif ?
Setiap pemandu layak mendapat satu (1) kali bayaran insentif sahaja.

Saya telah membuat semakan dengan syarikat e-hailing dan mereka menyatakan saya tidak layak kerana bukan pemandu tetap / sepenuh masa sedangkan saya membawa e-hailing secara sepenuh masa.
Apakah tindakan yang perlu saya ambil ?
Anda dinasihatkan supaya mengemaskini status dengan syarikat e-hailing dan mengemukakan rayuan di portal rasmi APAD yang akan dibangunkan kelak bermula Mei 2020. Senarai nama yang layak adalah berdasarkan senarai nama yang dikemukakan oleh syarikat e-hailing masing-masing sebelum disahkan layak oleh APAD.

Saya pemandu e-hailing secara part-time, adakah saya layak? Jika tidak, mengapa?
Tidak layak kerana bantuan ini khusus kepada pemandu e-hailing sepenuh masa sahaja. Rayuan boleh dikemukakan di portal rasmi yang akan dibangunkan oleh APAD kelak bermula Mei 2020.

Bolehkah saya membuat rayuan? Dimana perlu saya salurkan rayuan ini ?
Platform rayuan sedang dibangunkan pada masa ini dan akan dimaklumkan dalam website APAD iaitu apad.gov.my bermula Mei 2020.

Akaun e-hailing saya telah digantung oleh syarikat e-hailing, adakah saya layak memohon ?
Anda dinasihatkan supaya mengemaskini status penggantungan akaun anda dengan syarikat e-hailing segera bagi mengelakkan nama anda tercicir dari senarai penerima yang layak.