Peraturan baru akan ditetapkan bagi penunggang 'p-hailing' hujung tahun ini

Peraturan baru akan ditetapkan bagi penunggang 'p-hailing' hujung tahun ini


Kementerian Pengangkutan akan menetapkan peraturan-peraturan baru bagi sektor industri  p-hailing yang semakin mendapat sambutan hangat baru-baru ini terutamanya sejak awal tahun ini.

Industri p-hailing yang muncul sejak beberapa tahun yang lalu telah memberi impak besar terhadap sesetengah golongan masyarakat. Ia juga membawa manfaat bagi kedua-dua pihak sama ada pelanggan mahupun penunggang.

Ia dapat menyelesaikan masalah pengangguran dari segi peluang pekerjaan bagi penunggang. Malah juga membantu dalam penjimatan kos pekerja bagi majikan untuk mengambil despatch.

Apa itu p-hailing?

Apa itu p-hailing? P-hailing atau boleh dikatakan sebagai Parcel Hailing (Motorcycle Parcel Delivery) iaitu Penghantaran Makanan dan Bungkusan Bermotosikal. Ia merupakan industri penghantaran makanan atau bungkusan dengan menggunakan motosikal.

Terdapat banyak syarikat p-hailing yang telah berdaftar dengan APAD sejak beberapa tahun lalu termasuk peneraju penghantaran makanan seperti GrabFood dan FoodPanda.

Di antara syarikat-syarikat p-hailing adalah GrabFood, GrabExpress, FoodPanda, Lalamove, MrSpeedy, OrderSajalah, HappyFresh, Dego, pickupp, Matdespatch, Hungry, Ninja, J&T Express, BungkusIt, GoGet, Lazada LEL, Shopee Express dan sebagainya.

Peraturan yang akan ditetapkan itu berkemungkinan berdasarkan e-hailing yang mewajibkan pemandu untuk mendapatkan lesen PSV (Public Service Vehicle). Pemandu perlu membuat pemeriksaan badan (Body check-up), membuat pemeriksaan Puspakom bagi kereta berusia 3 tahun dan ke atas, insuran perlindungan peribadi serta mengambil khusus ujian / traning academy selama 6 jam secara online.

Namun setakat masa ini, penunggang tidak perlu berbuat demikian sehingga peraturan baru diumumkan Kementerian Pengangkutan. Ia masih dalam proses pelakaran dan dicadangkan oleh pihak yang berkaitan.

Industri tersebut dikatakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ini kerana banyak sektor perniagaan memerlukan industri p-hailing untuk mengembangkan bisnes mereka dengan lebih berkesan. Dunia perniagaan zaman sekarang memerlukan kerja yang lebih berefisen, pantas, murah dan mudah.

Sebagai contoh, Lalamove disediakan untuk menghantar dokumen penting dan sample barangan. Ia juga menyediakan servis mengambil barangan yang dibeli oleh pelanggan dari satu kedai tertentu dan menghantar kepadanya. Perkhidmatan yang disediakan dapat menjimatkan masa untuk mencari parking dan kos perjalanan ulang alik bagi seorang peniaga.

Selain itu, p-hailing seperti Dego juga menyediakan perkhidmatan penghantaran penumpang. Serupa dengan Gojek di negara jiran kita, Dego juga menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti penghantaran makanan dan bungkusan. Bekas menteri Pengangkutan Jalan YB Anthony Loke juga telah mencuba perkhidmatan tersebut dan memberi kepujian terhadap syarikat p-hailing itu.

GrabFood atau FoodPanda juga bertindak sebagai watak penting untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan. Pelanggan tidak perlu susah payah mencari parking, mengalami kesesakan lalulintas, tiada tempat makan di dalam premis dan sebagainya. Pelanggan hanya perlu menunggu makanan dihantar ke rumah atau pejabat dalam 20-30 minit. Mereka akan mempunyai banyak masa untuk membuat kerja-kerja mereka.

Industri p-hailing juga memainkan peranan penting dengan menyediakan banyak peluang pekerjaan. Ia dapat membantu mereka yang menganggur atau bagi mereka yang ingin mencari duit sampingan, mereka boleh bekerja sabagai part-time.

Bekas menteri Kementerian Sukan dan Belia YB Syed Saddiq juga menyarankan supaya industri p-hailing dikembangkan. Ini kerana industri tersebut dapat menyelesaikan masalah pengangguran yang semakin meningkat. Masalah sosial juga dapat diselesaikan sama ada di bandar atau luar bandar. Di antaranya masalah seperti lumba haram pemuda-pemuda yang alasannya tiada peluang pekerjaan di luar bandar.

Menurut Kementerian Pengangkutan, terdapat 200,000 orang telah berdaftar sebagai e-hailing, sebanyak 150,000 orang bekerja sebagai part-time. Mengikut trend sekarang, p-hailing dianggar akan mencatat sebanyak 450,000 orang di seluruh negara. Ini disebabkan ramai yang berdaftar kedua-duanya iaitu e-hailing dan p-hailing.

Post a Comment

0 Comments